PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Friday, 3 February 2012

AWAS! MAZHAB KRISTIAN YANG “MIRIP” ISLAM




Kristian Ortodoks masih lagi wujud & diamalkan di beberapa negara dan kawasan tertentu di dunia dalam komuniti Kristian yg kecil seperti di Indonesia, Iran, Mesir, Rusia. Indonesia tidak jauh dari negara kita, tidak mustahil fahaman ini & amalannya yg mirip Islam akan sampai ke sini suatu hari nanti.

Ada pihak ragu-ragu terhadap kemunculan mazhab ini kerana berpendapat ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam. Mungkin ada betulnya prasangka ini & wajarlah kita berwaspada, mengambil langkah berjaga2 kerana melihatkan pada pergolakan agama (religious tension) & perang dingin Islam-Kristian terutamanya, tidak mustahil ada pihak Kristian akan menangguk di air yg keruh, menggunakan fahaman Kristian Ortodoks sebagai senjata secara halus utk memutarbelitkan & membolak-balikkan akidah kita. Namun begitu, janganlah pula kita mudah melatah, keliru, terkeliru & mengelirukan. Oleh itu berhati2lah…

Sebagai umat Islam, maklumat ini adalah penting sebagai menambah koleksi pengetahuan kita tentang dunia Kristian. Tolong sebarkan… mudah2an kita dapat menyelamatkan akidah saudara Islam kita yg lain.

Tahukah anda, bagaimana Kristian Ortodoks sembahyang? Di Rusia & Indonesia terutamanya, tidak dipastikan negara lain, cara mereka sembahyang, ada persamaan dgn solat kita. Jangan kita keliru & terkeliru.

Menurut jemaah Kristian Ortodoks, mazhab ini masih lagi dipertahankan dlm usaha utk mengekalkan amalan & ajaran Jesus mengikut bible (sila layari http://zharifalimin.blogspot.com/2010/01/adakah-jesus-menyayangi-mereka.html). Jadi, janganlah kita menuduh mereka meniru ajaran Islam yg dibawa oleh Rasulullah.

Gambar di atas adalah jemaah Kristian Ortodoks, salah satu mazhab Kristian. Cara peribadatan mazhab ini adalah hampir sama dengan Islam. Sukar bukan membezakan Kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukannya golongan Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib.

Mereka adalah jemaah Kristian Ortodoks. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru kerana mazhab ini ternyata sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tetapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Lihatlah cara mereka sembahyang. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjemaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, manakala penganut Kristian Ortodoks 7 kali sehari, setiap 3 jam yg dilakukan sebanyak dua rakaat. Setiap waktu sembahyang mereka dinamakan:

sa'atul awwal (fajar/subuh)
sa'atuts tsalis(dhuha)
sa'atus sadis (zuhur)
sa'atut tis'ah (asar)
sa'atul ghurub (maghrib)
sa'atun naum (Isya')
sa'atul layl (tengah malam)

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam selama sebulan yg dikenali dengan “shaumu ramadhan”, sedangkan pada Kristian Ortodoks, mereka menyebutnya “shaumil kabir” iaitu berpuasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan sekitar bulan April.

Jika puasa sunat dalam Islam adalah pada hari Isnin & Kamis, pada Kristian Ortodoks pula ia dilakukan pada hari Rabu & Jumaat, sempena memperingati kesengsaraan Jesus Kristus.

Selain solat dan puasa, jemaah Kristian Ortodoks juga mengenal zakat. Zakat dalam ajaran Kristian Ortodoks adalah satu persepuluh daripada pendapatan.

Kepada sahabat semua, tolong sebarkan maklumat ini…   

Wednesday, 19 October 2011

BM BAHASA ILMU???

oleh ANITA MORAH ABAS


Isu bahasa ni bukanlah soal baru. Soal lama, orang kata isu basi... yang sampai sekarang tak dapat diatasi. Yang aku nampak, "orang2" yg membangkitkan isu ni, ibarat anjing menyalak bukit, hanya pandai jual ayak liok, lepas tu senyap, tak de tindakan susulan. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab tak de kemajuan, hampas!! Atas kertas aje le yg nampak begitu gah... Perhatikan lah keadaan sekeliling kita, baru kita dapat jawapan.

Sekarang ni pulak nak jadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Ini pun bukan isu baru, isu lama... Ok, tak pe le... UKM disasarkan. Sebelum bercakap, pikor le habis2 datuk... Pernah tak terpikir, berapa puluh ribu buku yg wajar diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia? Pernah ke terpikir, berapa banyak budget diperuntukkan khas untuk kerja2 terjemahan? Pernah ke terpikir, berapa kerat pakar yg kita ada utk melakukan kerja2 terjemahan? Pernah ke terpikir, adakah bahasa ilmu tu disasarkan pd semua disiplin atau disiplin2 tertentu? Pernah ke terpikir, adakah kita punya pakar penterjemah dlm bidang sains, matematik, kejuruteraan, kedoktoran, perundangan dan sebagainya?

Belajar dulu dari negara2 lain, timba pengalaman macam mana sistem mereka dilaksanakan. Istilah kita masih lagi tunggang-langgang. Ada sesetengah buku akademik yg diterjemahkan, aku tak faham. Kena rujuk balik buku original dlm BI... walhasil balik asal... Cuba buka buku sekolah anak2 kita, terutama buku sains dan matematik... maaf, aku tak faham... bagaimana pulak anda? 

Apa yg aku tau di UKM, ramai pelajar tempatan postgrad menarik diri apabila syarat utama penulisan tesis dalam bahasa Melayu. Pelajar2 asing dibenarkan menulis dlm BI, tidak pelajar2 kita. Bagi pelajar2 tempatan yg tiada kemahiran, dibenarkan menulis surat rayuan untuk membolehkan mereka menulis dlm BI. Seorang sahabat telah menghabiskan banyak masa terbuang kerana terpaksa menterjemahkan penulisan tesis ke dlm BM dan sekarang kembali ke BI. Itu pun setelah menunggu agak lama, rayuan beliau diluluskan.

Yg menjadi masalah, apabila mereka terpaksa menyertai konferens antarabangsa utk membentangkan hasil kerja, sudah tentu bahasa yg digunakan adalah BI bukan BM. Yg sudah terbiasa dgn BI, merana jiwa & raga kerana terpaksa merangkak menulis dlm BM kerana segala mak nike buku rujukan dan jurnal2 ilmiah adalah dlm BI... di mana rasional nye bagi pelajar postgrad utk membuat ijazah sarjana dan PhD di UKM dlm BM??? Kena pikir berpuluh kali...

Tidak dinafikan, UKM punya ramai tenaga pengajar yg bagus tetapi kalau BM menjadi isu penulisan tesis, alamatnya... macam mana yg aku dengar la, ramai postgrad student yg telah mendaftar terpaksa tarik diri dari UKM dan beralih ke universiti lain kerana mereka tidak tahu syarat utama bahasa penulisan adalah BM. Aku dengar jugak, isu ni agak meruncing, malah merisaukan golongan akademik UKM... tak tau le... 

Friday, 14 October 2011

AVATAR DILIHAT SEBAGAI PROPAGANDA YAHUDI


Oleh ANITA MORAH ABAS


Latar belakang James Cameron tidak langsung mencerminkan drp keluarga Yahudi, tetapi filem bercorak sains fiksyen epik ini telah berjaya mengaut keuntungan $2 bilion dgn berlatarbelakangkan pertengahan abad ke-22  dikritik secara terang2an mengandungi elemen2 metafora & propaganda keagamaan serta anti agama penuh dgn mesej & elemen2 Yahudi, Christianity, Hinduisme & Paganisme seperti ditafsirkan oleh pelbagai pihak. Filem Avatar yg dipenuhi dgn suntikan falsafah kemanusiaan sejagat, kempen hijau, perubahan cuaca, pemeliharaan hutan, & perjuangan melindungi alam sekitar mengajak kita menyelusuri dimensi perfileman digital 3D yg membawa kita meneroka ke dunia baru di luar jangkauan batas sempadan pemikiran kita.


Cameron menyifatkan filem Avatar mengandungi elemen metafora – yg mengajak manusia memikirkan dunia sebenar akan kerakusan konglomerat yg merampas hak istimewa orang asli, meuar2kan kehidupan orang asli atau peribumi yg wajar dihormati yg mempunyai pertalian rapat dgn alam yg penuh mistik. 

Kos produksi & promosi filem ini menelan belanja $400 juta adalah terbitan bersama dgn Jon Landau yg membesar di dlm keluarga Yahudi tetapi tidak mengamalkan ajaran Yahudi. Menurut Landau, dia tertarik dgn tema Avatar yg berkisar tentang falsafah alam sejagat, perjuangan melindungi alam sekitar, & kempen hijau yg dilaung2kan oleh aktivis & NGO di seluruh dunia, hubungan antara individu & kuasa ketenteraan. Malah menurut beliau, tema utama filem ini ialah mengajak kita melihat ke dlm diri kita & mencari wira di dlm diri kita. Beliau dgn tegas menyatakan bahawa tema & jalan cerita Avatar tiada kena-mengena dgn faham keagamaan seperti yg dilaporkan di dlm blog2. Apa yg menarik, filem ini mendapat sambutan hangat dgn ulasan2 yg dilihat dari pelbagai sudut & dibukukan, malah telah menarik golongan cendekiawan untuk membuat kajian ilmiah.

Latar belakang filem Avatar mengambil tempat di planet Pandora, mitos hutan hujan tropika yg dihuni oleh suku primitif masyarakat kulit biru yg dipanggil Na’vi. Mereka duduk di alam lain & hidup dlm rukun damai & berpegang pd fahaman kerohanian (spiritual). Kawasan yg mereka huni kononnya mengandungi bahan komersil mineral yg kaya dgn “unobtanuim” (mineral yg hanya wujud dlm fiksyen sains Avatar), yg sukar diperolehi telah menjadi daya tarikan golongan ahli perniagaan utk menjalankan ekspedisi penjelajahan dgn melombong & meneroka hasil bumi kawasan tersebut, satu bentuk dasar imperialisme Barat yg berlaku dlm abad ke-19 dan 21 utk kepentingan ekonomi masyarakat Barat.


unobtanuim

Kisah diselusuri dgn seorang bekas tentera laut yg lumpuh, Jake Sully yg ditransformasikan seluruh tubuh, jiwa & raganya kpd kaum Na’vi sebagai pengintip dalam usaha utk mencari maklumat tentang unobtanium. Wira sebenar filem ini ialah Neytiri (watak wirawati) yg telah berjaya membuka minda & mata Jake.

 Kita lihat bagaimana filem ini ditafsirkan dari sudut pandangan politik & keagamaan seperti yg dinyatakan.


1.  Filem ini meuar2kan Pergerakan Agama Baru dan salah satunya ialah Paganisme yg dianuti oleh golongan orang asli yg menyembah alam semulajadi. Dalam filem ini sepohon pokok besar & rendang dijadikan subjek penyembahan kerana dikatakan mempunyai kuasa bimasakti. Pergerakan agama ini sedang berkembang pesat di Amerika & Eropah. Ia adalah pergerakan yg terkeluar dpd denominasi agama rasmi dunia. Dikatakan juga ia adalah cabang daripada agama yg bersifat universal dalam penyembahan tuhan. Salah satu Pergerakan Agama Baru ini adalah Pergerakan Anti-Kristian telah mengambil tempat dlm struktur masyarakat Amerika & telah mendominasi kehidupan mereka dgn menolak agama Kristian (sila lihat pautan http://skepticx.myweb.uga.edu/antixian.htm). Ajaran  Sesat juga tergolong dlm cabang Pergerakan Agama Baru yg sedang menular di negara kita. Harian Metro hari ini, 19 Julai, membawa kisah yg amat mengejutkan apabila salah seorang pengikut Ayah Pin, Kamariah Ali, 60 tahun, bekas ustazah membawa kes hak & kebebasan beragama yg dipetik dpd Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan “hak seseorang beragama Islam yg sudah mencapai umur majoriti utk keluar daripada agamanya” (kes murtad) ke Mahkamah Rayuan (Sivil) tetapi ditolak kerana di luar bidang kuasa mahkamah berkenaan & ia perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah. Antara lain pergerakan agama baru ialah Rastafara (Rastafari) - http://fajar-rasta.blogspot.com/2011_02_01_archive.html; dan Matrixism.

Ratafari
Matrixism

2.  Falsafah Avartar mengandungi ciri2 panteisme (doktrin yg mengenal pasti tuhan dgn alam semesta atau alam semesta sebagai manifestasi tuhan; ibadat yg mengakui atau bertolak ansur atau konsep penerimaan dgn semua tuhan), mistik, dan monoteisme (doktrin atau kepercayaan hanya terdapat satu Tuhan). Ia adalah gabungan ajaran mistik dgn konsep & ciptaan fitrah semulajadi kerohanian. Dengan kata lain, ia adalah Kabbalah (dlm bahasa Ibrani bermaksud “menerima ilmu” atau “tradisi” adalah kepercayaan mistik Yahudi, mengkaji dunia kerohanian & konsep kejadian alam & mengenal ketuhanan).

3.  Pertempuran masyarakat Na’vi di pandora (negara lemah) menentang tentera Amerika boleh ditafsirkan dlm dua cara: (i) Memaparkan bentuk kuasa imperialisme tentera Amerika dgn kecanggihan senjata berupaya menindas & menawan negara2 lemah atas kepentingan minyak & ekonomi; (ii) Memaparkan kuasa lemah berjaya mempertahankan & menyelamatkan tanah tumpah mereka dpd jatuh ke pihak musuh sepenuhnya. Atas kesatuan umah, kuasa lemah boleh menumpaskan kuasa besar. Ini disifatkan oleh Yahudi sebagai menggambarkan kekuatan mereka yg lemah berupaya membentuk sebuah negara kecil yg kuat & digeruni di dunia dgn bantuan Amerika & UN dgn menindas dgn kejam rakyat Palestin.

4.  Avatar adalah nama dewa Hindu, keturunan dari syurga ke bumi atau “kelahiran semula”. Ia sering dikaitkan dgn 10 bentuk avatar dewa Vishnu. Penyembahan pokok & kelahiran semula yg dikaitkan dgn watak Jake adalah amalan agama Hindu. Jake berubah secara total menjadi orang Na’vi dgn anggota badan yg lengkap, bermakna dia menerima cara hidup & agama baru dlm hidupnya iaitu agama menyembah pokok.


Hanuman adalah avatar (kelahiran semula) kpd Dewa Shiva

5.  Yg paling ketara diperkatakan ramai di dlm blog individu & blog pendeta Yahudi ialah mesej & unsur2 Yahudi. Berikut diperturunkan elemen2 yg mengandungi unsur2 Yahudi yg telah byk diperkatakan.

(i)  NA’VI, EYWA, TSAHIK – Dalam bahasa Hebrew (Ibrani), NA’VI yg merujuk kpd kaum peribumi Pandora bermaksud “nabi.” Jika ejaan nama tuhan (dewi) mereka EYWA, disusun semula, kita akan menemui perkataan YAWE, mirip nama tuhan Yahudi iaitu YAHWEH. TSAHIK adalah nama pemimpin kerohanian puak Na’vi. Jika dua abjad SH ditukar kpd ZD, anda akan menemui TZADIK, perkataan Ibrani yg merujuk kpd orang yg benar


(ii)  Tranformasi tubuh Jake yg lumpuh ke dlm puak Na’vi sepenuhnya mengupayakan Jake mengubah dunia disamakan dgn gambaran Moses (Musa), salah seorang wira agung Yahudi sepanjang zaman yg mempunyai kecacatan bertutur, dgn memasuki atau menggunakan tubuh abangnya, Aaron (yg sempurna), & dgn pertolongan tuhan, Musa berjaya menumpaskan Firaun. 







(iii)  Kenyataan di dlm filem tersebut bahawa “Semua benda hidup adalah satu – zalelu” adalah Yahudi. Ia dikaitkan dgn cerita Rabbi Isaac Kook, ketua pertama Rabbi Israel (dlm kitab Yahudi). Menurut cerita, pada suatu hari tatkala Rav Kook berjalan bersama pelajarnya di sebuah padang, seorang lelaki dgn cuai telah memetik daun dpd sebatang pokok. Menggigil melihatkan perbuatan pemuda itu, Rav Kook berpaling kepadanya dan berkata dgn nada yg lembut, “Percayalah apabila saya katakan bahawa saya tidak pernah memetik secara sengaja sehelai daun mahupun serumpun rumput atau mengganggu benda2 hidup melainkan jika saya terpaksa. Setiap bahagian tumbuh2an yg bernafas akan bersenandung & melagukan tanda kesyukuran akan rahsia misteri ciptaan alam.” Buat pertama kali, pelajar tersebut memahami maksud menunjukkan belas kasihan & menghargai semua benda hidup.

Pohon Jiwa (“Tree of Souls”)

(iv)  Pokok besar atau “Home Tree” adalah amat jelas melambangkan Pohon Ilmu daripada kisah Genesis & puak Na’vi dikatakan menduduki Taman Syurga. Apabila pohon tersebut dihapuskan, rakyat hidup dlm buangan yg mengingatkan mereka akan pemusnahan Kuil pd tahun 70CE (Era Kristian). Pohon Jiwa (“Tree of Souls”) adalah pusat agama & kehidupan budaya puak Na’vi yg mengupayakan puak Na’vi menghubungkan mereka dgn alam nenek moyang adalah metafora jelas yg digambarkan di dlm kitab mereka, Torah (Taurat) iaitu “Kpd mereka yg berpegang teguh pd Pohon Kehidupan.” Sepertimana Pohon Jiwa, Taurat menghubungkan Yahudi dgn tuhan mereka, Yahudi  pd masa lampau & masa kini, & sebagai pusat kehidupan beragama. Sebab itu apabila musuh memerangi Yahudi pd masa lampau, sasaran simbol pertama dlm gerak hati mereka adalah Taurat.

(v)  Gunung terapung Pandora ditafsirkan sebagai “Gunung Hallelujah” (hallelujah bermaksud “Pujian kpd tuhan”, menyeru jemaah memuji2 tuhan). Menurut tafsiran Yahudi, di kaki Gunung Sinai inilah dikatakan tuhan menyampaikan perutusannya dgn mengangkat Gunung Sinai & meletakkan di atas kepala pengikut2 Yahudi, lalu tuhan berkata: BAGUS, KALAU KAU DAPAT TERIMA TAURATKU! JIKA TIDAK, KAU AKAN BERKUBUR DI BAWAH GUNUNG INI! Lalu orang Yahudi menjawab, KAMI TERIMA.

Begitu kuatnya pengaruh Avatar, “Gunung Hallejulah” telah menarik minat agensi pelancongan Zhangjiajie di Hunan, China sebagai tarikan pelancong dengan menamakan semula gunung tersebut daripada "South Pillar of the Heaven" aka "Pillar between Heaven and Earth" kepada “Gunung Hallejulah” kerana gunung tersebut mempunyai ciri yg seakan2 sama dgn Gunung Hallejulah. Utk melihat the difference between the two mountains, sila pergi ke pautan http://www.danwei.org/tourism/hallelujah_mountain_in_real_li.php. 

(vi)  Apabila Jake menjadi sebahagian dpd puak Na’vi, ia menyamai proses ritual pengyahudian. Utk diterima sebagai Na’vi dewasa, Jake mesti menjinakkan & menerbangkan Ikran, sejenis burung liar yg ganas. Proses ini seakan sama dgn ritual Yahudi (lelaki atau perempuan) memasuki alam kedewasaan, apabila mereka sampai akil baligh mereka dimestikan melalui proses  ritual Bar atau Bat Mitzvah. Utk memasuki alam dewasa, anak muda Yahudi perlu memikul tanggungjawab atas segala tutur kata & perbuatan mereka, makna kata segala dosa & pahala akan dikira setelah memasuki alam baligh. Upacara ini dipenuhi dgn bacaan kitab suci & peringatan tentang kehidupan, undang2, tradisi, etika, & melipatgandakan amalan utk menjadi orang yg “beriman”. Dalam situasi Jake, apabila beliau telah bersebati dgn budaya Na’vi, Jake jatuh cinta dgn puak Na’vi, agama anutan, budaya & Tuhan mereka. Perjalanan Jake ke hutan Pandora diibaratkan perjalanan kebanyakan Yahudi Amerika yg selamat kembali ke tanah tumpah asal, Israel. Babak seterusnya membawa Jake ke penghujung cerita mengenai upacara suci transformasi tubuh Jake yg amat teruja melihat dunia melalui perspektif baru, pengalaman yg seakan sama dilalui apabila seseorang menukar agama kpd Judisme & melihat dunia melalui kaca mata Yahudi.


(vii) Akhir sekali, membawa kita kpd pembuka trailer filem, petikan kenyataan Jake bahawa dia mahu membuat perubahan & berharap akan menjumpai sesuatu yg bernilai utk diperjuangkan. Dengan kata lain, Jake mencari Misi Sucinya, peluang beliau untuk memberi impak yg lebih baik kepada dunia. Ini adalah pencarian akhirnya terhadap agama dan titik Judisme – bagi setiap orang Yahudi mencari apa yg tuhan telah tentukan utk mereka lakukan di atas bumi ini & utk berbakti kpd Misi Suci sebagai satu cara penghormatan kpd diri mereka, keluarga, bangsa Yahudi dan umat manusia seluruhnya - tanggungjawab individu sebagai Yahudi. Dari satu segi, watak Jake sebagai pelakon utama dikatakan tidak berlaku secara kebetulan semata2 yg menggambarkan ciri2 orang Yahudi – mencari yg terbaik utk diri, sentiasa berusaha utk mempelajari apa yg penting dlm kehidupan & membuat perubahan positif dlm kehidupan orang lain. Kepada orang Yahudi, Jake adalah Jacob (Yaakub), yg sudah pasti satu lagi nama utk ISRAEL yg mewakili orang Yahudi sekalian.

Sahabat2 sekalian, berhati2lah apabila menonton box office movie (tayangan pecah panggung). Lagi banyak kita menonton, lagi banyak yg kita ketahui agenda tersembunyi mereka yg anti-Islam. Ia mengandungi pelbagai tafsiran mesej yg tersurat & tersirat dipenuhi dgn provokasi & propaganda politik & agama secara perlahan2 cuba mempengaruhi & meracuni pemikiran kita di bawah sedar.

SAHABATKU MURTAD

oleh ANITA MORAH ABAS


Hari ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang tidak terlintas di fikiran... Seorang sahabat yg masuk lambat menegur aku yg tengah kelam-kelibut membuat persiapan akhir kelas next week. "Kak Nita, ada masa kat Taman Mayang kan?" "Ha ah," jawab ku. "Kenapa?" Aku terus memandang wajah mamat tu. "Kak Nita, ingat lagi tak Nadeane?" Aku terdiam, sambil mind aku cuba mengecam wajah Nadeane. "Ala... muka macam Cina tu..." sambung mamat ni lagi. "Ya, ya... baru akak ingat... very talkative and friendly... kenapa?" "Dia dah murtad. Dialah penganjur kes Gereja Katolik Damansara tu,"  jawab mamat tu lagi. "Apa????" Terkejut beruk aku, tak terkata apa...


Aku pun mencari2 kes murtad Gereja Katolik Damansara dan terjumpa dua blog yang menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku yang nyata tidak disiarkan di dada2 akhbar tempatan seperti di link berikut:


Benar, itulah wajah Nadeane yang aku kenal semasa kami sama2 bertugas di Taman Mayang.

Sebagai sahabat, aku hanya dapat mendoakan yang terbaik, agar Nadeane sedar akan kesilapannya, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. 

Apabila Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan baginda tempoh hari, aku dah agak... Ia disambut dengan penuh lega dan gembira sebagaimana digambarkan oleh kenyataan The Star, begitu sinis dan tajam menampakkan orang Kristian mendabik dada, meraikan kemenangan mereka seolah2 mereka di pihak yang benar! 

Ini tentang soal akidah. Kita tidak tahu bagaimana Kristian menurut pandangan orang Islam yang keluar daripada agama Islam. Jangan kita pandai menghukum. Kita wajib cari jalan dan pendekatan terbaik dan menarik, untuk memulihkan akidah orang Islam yang rapuh.

ALlah Maha Pengampun...

Tuesday, 11 October 2011

JANGAN CEPAT MELATAH DENGAN UMUR PERSARAAN 60 TAHUN

oleh ANITA MORAH ABAS


Ia adalah satu keputusan bijak apabila Najib dalam budget 2012 bersetuju dengan desakan CUEPACS menaikkan umur persaraan ke 60 tahun. Apabila CUEPACS berjuang untuk penjawat awam seramai 1.2 juta orang, kakitangan swasta turut mendapat faedahnya. Negara2 jiran sudah lama merestui dan mengiktiraf umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun seperti di Thailand, Brunei, Indonesia, dan Korea Selatan manakala 62 tahun di Singapura. 

Penyelidikan aku mendapati negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai umur persaraan yang rendah iaitu 58 tahun, selain daripada Kampuchea 50 tahun. Had umur persaraan bagi negara2 OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) ialah 64 tahun. Umur persaraan negara Norway, Iceland, US, dan Germany dilanjutkan ke 67 tahun, manakala Sepanyol menaikkan umur persaraan 65–67 tahun. 

Populasi berusia sedang mengambil tempat hampir di setiap negara di dunia. Bayangkan populasi warga emas membanjiri penduduk di sesebuah negara hingga suatu ketika nanti dikhuatiri populasi warga muda semakin berkurangan. Menggerunkan!

Ia berlaku kerana peningkatan pergantungan gaya hidup atau penurunan kadar kelahiran. Penjagaan kesihatan yang semakin baik dan peningkatan stamina membawa kepada peningkatan jangka hayat. Ini bermakna pekerja berusia boleh bekerja lebih lama.

Hanya negara kita di antara segelintir negara yang masih lagi tidak mengiktiraf dan menghargai umur persaraan pekerja warga veteran atau tua??? Ramai yang mengkritik terutama golongan muda umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun atas alasan faedah hanya dinikmati oleh pihak pengurusan atas dan jawatan2 penting kekal dimonopoli oleh pekerja berusia.

Persekitaran ini membawa kepada sekatan peluang kenaikan pangkat bagi pegawai2 pengurusan tengah yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan produktiviti mereka. Ia juga bermakna menyekat peluang pekerjaan di kalangan orang muda. Keputusan untuk memanjangkan tempoh bekerja bagi pekerja berusia bukan sahaja membawa kepada kemerosotan prestasi kerja mereka malah turut menjejaskan prestasi jabatan dan kementerian kerana tenaga mereka tidak setanding dengan golongan muda yang lebih kreatif, produktif dan dinamik.

Malah ada penjawat awam berpendapat sudah sampai masanya mereka bersara lebih awal untuk merehatkan badan dan minda, menghabiskan kualiti masa yang berharga bersama cucu dan keluarga, dan bagi yang beragama Islam untuk menumpukan pada amal ibadah.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan CUEPACS bermakna mereka tidak menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Ada yang memberi alasan penjawat awam tidak perlu mengorbankan kualiti hidup yang semakin dimamah usia untuk membantu kerajaan mengekang defisit dan menseimbangkan belanjawan negara, sekaligus mempertingkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Umur persaraan yang dilanjutkan ke 60 tahun adalah optional, bukan wajib, terpulang kepada minat dan keperluan hidup masing2. Sepertimana negara2 Greece and Itali, umur persaraan awal adalah 57 tahun yang dilanjutkan ke 65 tahun.

Malaysia mesti membuat persediaan awal melanjutkan usia persaraan dengan lebih berhati2 untuk menghadapi penduduk berumur atau tua sebelum terlambat. Dengan peningkatan jagaan kesihatan dan jangka hayat, penurunan tahap kesuburan, dan lambat kahwin, kita menghampiri kepada permasalahan populasi kenaikan golongan berusia dan pekerja berusia.  

  
Pengurangan tenaga kerja berpengalaman, mahir dan terlatih, keadaan hidup mendesak seperti kos sara hidup yang semakin meningkat dan mencengkam, pekerja berpendapatan rendah, tanggungan anak yang bersekolah dan di peringkat pengajian tinggi, serta sukar mencari pekerjaan apabila tamat tempoh persaraan adalah antara faktor2 yang membawa kepada pekerja berusia perlu diberi perhatian yang serius. Jangan bersikap mementingkan diri. . . suatu hari nanti, golongan muda seperti anda akan mencapai usia tua juga, perlu berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti. 

Saturday, 8 October 2011

UNDI LAH


oleh ANITA MORAH ABAS


Kerajaan sewajarnya lebih bersikap terbuka, matang, dan berfikiran positif dalam membuat keputusan melarang penyiaran klip video UNDI LAH diteruskan di media2 tempatan yang disifatkan boleh merosakkan imej negara (Sinar Harian, 2 Oktober 2011).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM (Bernama online, 24 September 2011), arahan penarikan klip video UNDI LAH dilakukan kerana penyiarannya tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Oleh yang demikian, semua penyiar diarahkan supaya menghentikan penyiaran klip video tersebut. Beberapa pihak dalam BN (MCA dan Khairy) tidak setuju dengan tindakan SKMM.

“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA berkenaan,” kata SKMM (Berita Harian online, 24 September 2011).

Bagaimanapun, Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Rais Yatim menjelaskan bahawa ada babak dalam klip video berkenaan ‘tidak disenangi oleh segolongan masyarakat.’ Penarikan semula penyiaran klip video itu dibuat kerana tidak mendapat kelulusan LPF. Pulak?. . . Mana satu laporan berita yang betul ni??? Keliru… keliru...

Video PSA (Public Service Announcement) atau PKA (Pengumuman Khidmat Awam) sepanjang 4 minit 38 saat adalah luahan hati, harapan, dan visi generasi muda yang diilhamkan oleh Pete Teo, seorang pemuzik berfikiran kreatif dan inovatif. Atas dasar tanggungjawab sosial, PSA adalah projek sukarela, sumbangannya bersama2 ramai sukarelawan untuk rakyat Malaysia. Ia dilancarkan sempena Hari Malaysia dengan mengetengahkan 40 personaliti mengandungi mesej celik undi yang amat baik dan mengesankan, menyeru semua rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan mengundi sebagai melaksanakan tanggungjawab kita. PSA ini menyahut seruan kerajaan membantu SPR menyebarkan mesej mengundi adalah tanggungjawab bersama, mengundi adalah hak kita.

Tang mana yang dianggap sensitif dan tidak disenangi oleh ‘golongan masyarakat tertentu’ tidak dapat dipastikan. Apakah pada teksnya? Atau penyanyi utama Namewee? Atau pada lirik lagunya? Atau sukarelawannya yang ter over? Atau pemilihan barisan sukarelawan yang tidak sesuai? Atau penglibatan remaja bawah umur atau pelajar sekolah? Hanya SKMM dan/atau LPF ada jawapannya.

Satu kelemahan ketara yang dapat dikenal pasti pada klip video yang tidak boleh dipandang ringan ialah penampilan tiga pelajar sekolah – 2 perempuan, seorang lelaki. Ketiga2 pelajar ini lengkap berpakaian seragam sekolah yang tertera lencana sekolah masing2. Dua slot video versi Bahasa Melayu memperlihatkan seorang pelajar lelaki Cina memegang board JANGAN DIAM-DIAM dan REGISTER LAH, manakala versi Bahasa Inggeris, WE ARE THE BOSS (sila lihat di bawah). Tindakan memasukkan mereka ke dalam video tersebut adalah tidak wajar kerana mereka belum layak mengundi, dikhuatiri memberikan tafsiran yang salah, bukan sahaja boleh mempengaruhi pelajar2 sekolah untuk turut serta dalam sebarang aktiviti berunsur politik, malah dikhuatiri juga akan menjejaskan nama baik sekolah dan ibu bapa. Tidak seperti di sesetengah negara, had umur dibenarkan mengundi seawal 16 tahun di Iran dan 18 tahun di Jordan. Krew produksi sepatutnya lebih arif dan berhati2 dalam pemilihan barisan sukarelawan.


Mukadimah klip video dimulai dengan teks yang amat tajam, sinis dan mendalam maksudnya disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Gua Musang:

“Salam sejahtera. Seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia dan saya cintakan negara kita ini. Malaysia sebuah negara yang cukup indah tapi ada macam2 masalah. Tak perlulah saya sebutkan kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah2 ini. Apa yang saya nak sebutkan ialah masa depan negara kita, terletak di tangan kita sendiri. Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, sila lakukan secepat mungkin, dan jika anda sudah mendaftar, mari kita mengundi. Ingatlah, walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda, ia negara kita, ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. . .”

Kemudian diikuti dengan lagu rap oleh Namewee (Wee Meng Chee) yang diselang-selikan dengan penyertaan 40 personaliti daripada latar belakang yang berbeza – ahli2 politik daripada BN dan Pakatan Rakyat, di samping penyanyi, pelakon, penggiat seni, penyampai tv, personaliti sukan, tokoh korporat, penjawat awam, pekerja swasta, surirumah, orang awam, dsb.

Pada aku, a credit should be given to Pete Teo and the gang. Bukan mudah untuk menghasilkan klip video PSA yang terkenal dengan tiada daya penarik, kaku dan hambar, satu bentuk pengiklanan percuma berlawanan dengan iklan komersil yang disasarkan kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan mesej undi berjaya dipersembahkan begitu unik, meriah, straight to the point, diselitkan dengan unsur2 humor, penuh semangat dan bersahaja. Klip video PSA, UNDI LAH memberi kesedaran, mencelikkan hati dan membuka minda rakyat untuk mendaftar bagi mereka yang belum mendaftar dan keluar mengundi untuk menentukan masa depan negara.


Interpretasi dan kupasan mesej adalah subjektif sifatnya, apatah lagi iklan PSA yang boleh ditafsirkan dan dikupas dari pelbagai sudut, dihiasi dengan elemen2 metafora, simbol, sign, non-verbal cues dan seumpamanya, tidak semestinya dapat diterima semua, mesti ada yang menyokong dan menentang, apatah lagi yang mengkritik secara ekstrim, prejudis dan berat sebelah. Benar atau betul pada kita belum tentu boleh diterima oleh orang lain.   

Yang pasti, klip video UNDI LAH penuh dengan mesej sihat berupaya mentransformasikan sikap lebih ramai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Aku sendiri teruja untuk keluar mendaftar dan mengundi. Masih terngiang2 di telinga lagu rap UNDI LAH:

Mengundi tak susah
Negara kita sebuah syarikat
Dan kitalah bosnya
Kita pilih pengurus untuk negara kita
Dan kita nilai prestasinya
Kuasa di tangan kita
Kalau berprestasi tinggi…
…kita naikkan gajinya
Jika kerja tak elok, boleh suruh berhenti
Kita boleh <beep> dia!
Sebab ramai sudi mengganti
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam                                                                     
Undilah!
kitalah bos
Undilah!
Daftarlah sekarang!
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam
Undilah!
Kitalah bos
Undilah!
Daftarlah sekarang!
Der… Der… Der…!
Lu kata lu sayang ini negara
Tapi sekali mengundi
Pun tak de
Jadi jangan kau cuba cakap…
…banyak jika hak pun kena lanyak
Der…!
Sedarlah kuasa di tangan kita!
Hak diberi janganlah dipersia
Jadi jangan buat ‘der’ sahaja
Masa kita sudah tiba!
Undilah!                                                                                              
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam
Undilah!
Kitalah bos
Undilah!
Daftarlah sekarang!
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam
Undilah!
Kitalah bos
Undilah!
Daftarlah sekarang!
Mengundi tak susah
Negara ini tanah air kita
Pemimpin kita bekerja demi kita
Kitalah bos negara kita
Tutup TV dan pergilah mengundi!
ingatlah, walau apapun terjadi…
Malaysia ini negara anda
ia negara kita
Marilah kita mengundi
ingatlah, walau apapun terjadi…
Malaysia ini negara anda
ia negara kita
Marilah kita mengundi
ingatlah, walau apapun terjadi…
Malaysia ini negara anda
ia negara kita
Mari kita mengundi
Malaysia perlukan kita semua
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan ‘dok’ diam
Undilah!
Woi, apa ni der?
Undilah!
Daftar sekarang lah!
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Hei…
Undilah!
Eh, lu ni apa hal?
Undilah!

Apa tunggu lagi! Jom, ramai2 kita pergi mendaftar dan bersedia untuk mengundi…

 

Thursday, 6 October 2011

APA SALAHNYA UNDANG2 HUDUD?


Oleh ANITA MORAH ABAS


Hukum Hudud bukannya isu baru yang dibahaskan oleh golongan akademik, ulama dan ahli2 politik. Semua orang Islam akur, ia adalah undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bukannya manusia. Setiap perbuatan jenayah dengan hukuman2nya jelas dan terang terpahat di dalam al-Quran. Perincian tentang hukum Hudud wajar diperjelaskan oleh alim ulama dan pakar bidang untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Itu yang penting. Tidak perlulah kita bertelagah lagi pasal hukum Hudud. Bagi kita yang tidak cukup ilmu untuk memperkatakan secara terperinci, elakkan daripada memberikan pandangan2 yang tersasar dan bertentangan dari sudut pandangan Islam. 

Jangan kita samakan undang2 Allah dengan undang2 buatan manusia yg berubah2 dan disesuaikan mengikut peredaran zaman hingga melibatkan campur tangan Badan Kehakiman dan Undang2 Antarabangsa, pergerakan2 sosial antarabangsa dan negara2 Barat terutama Amerika Syarikat yang mensasarkan hak asasi manusia sebagai dasar perjuangan mereka. 

Apabila undang2 buatan manusia ini berubah2 hingga menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama, janganlah pula kita mudah dipengaruhi dengan ayat2 power & perjuangan mereka. Antara perbuatan2 jenayah dalam Islam yang dihalalkan oleh Barat secara umum dan dianggap bukan jenayah ialah hukum minum arak, zina, perkahwinan sejenis, pergerakan kaum sejenis (gay dan lesbianism movement), menaiktarafkan anak tak sah taraf kepada sah taraf atau anak haram (legitimate or bastard child), duduk serumah bagi pasangan kekasih, judi (istana judi Amerika di Las Vegas), hiburan2 lucah, dan sebagainya.












 Undang2 Islam atau Hudud bukan peraturan yang disesuaikan menurut zaman. Soal pelaksanaan wajar disesuaikan menurut zaman tidak harus timbul. Fahami dahulu rasionalisasi pelaksanaan hukum Hudud menurut Islam. Undang2 yang mendisiplinkan kita untuk mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan jenayah. Undang2 yang mahu kita berfikir berpuluh kali sebelum melakukan sesuatu kesalahan akan kesan dan akibat yang menanti di hadapan.




Kesan daripada pelaksanaan hukum Hudud akan mengurangkan kadar jenayah, negara akan aman, bebas dari jenayah tegar, mengurangkan perbuatan zina sehingga melahirkan anak2 luar nikah yang sejak akhir2 ini semakin ramai gadis2 kita begitu berani mengambil jalan mudah dengan membunuh bayi2 yang terhasil daripada perbuatan jahat mereka.


Hukum Hudud tidak zalim tetapi adalah adil dan sebagai pengajaran buat kita semua. Pelaksanaan hukum Hudud akan melahirkan masyarakat Islam yang progresif, berdisiplin, jati diri, dan harmoni, serta sifar jenayah dan maksiat negara.