oleh ANITA MORAH ABAS
Ia adalah satu keputusan bijak apabila Najib dalam budget 2012 bersetuju dengan desakan CUEPACS menaikkan umur persaraan ke 60 tahun. Apabila CUEPACS berjuang untuk penjawat awam seramai 1.2 juta orang, kakitangan swasta turut mendapat faedahnya. Negara2 jiran sudah lama merestui dan mengiktiraf umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun seperti di Thailand, Brunei, Indonesia, dan Korea Selatan manakala 62 tahun di Singapura.
Penyelidikan aku mendapati negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai umur persaraan yang rendah iaitu 58 tahun, selain daripada Kampuchea 50 tahun. Had umur persaraan bagi negara2 OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) ialah 64 tahun. Umur persaraan negara Norway, Iceland, US, dan Germany dilanjutkan ke 67 tahun, manakala Sepanyol menaikkan umur persaraan 65–67 tahun.

Populasi berusia sedang mengambil tempat hampir di setiap negara di dunia. Bayangkan populasi warga emas membanjiri penduduk di sesebuah negara hingga suatu ketika nanti dikhuatiri populasi warga muda semakin berkurangan. Menggerunkan!
Penyelidikan aku mendapati negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai umur persaraan yang rendah iaitu 58 tahun, selain daripada Kampuchea 50 tahun. Had umur persaraan bagi negara2 OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) ialah 64 tahun. Umur persaraan negara Norway, Iceland, US, dan Germany dilanjutkan ke 67 tahun, manakala Sepanyol menaikkan umur persaraan 65–67 tahun.

Populasi berusia sedang mengambil tempat hampir di setiap negara di dunia. Bayangkan populasi warga emas membanjiri penduduk di sesebuah negara hingga suatu ketika nanti dikhuatiri populasi warga muda semakin berkurangan. Menggerunkan! Ia berlaku kerana peningkatan pergantungan gaya hidup atau penurunan kadar kelahiran. Penjagaan kesihatan yang semakin baik dan peningkatan stamina membawa kepada peningkatan jangka hayat. Ini bermakna pekerja berusia boleh bekerja lebih lama.
Hanya negara kita di antara segelintir negara yang masih lagi tidak mengiktiraf dan menghargai umur persaraan pekerja warga veteran atau tua??? Ramai yang mengkritik terutama golongan muda umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun atas alasan faedah hanya dinikmati oleh pihak pengurusan atas dan jawatan2 penting kekal dimonopoli oleh pekerja berusia. Persekitaran ini membawa kepada sekatan peluang kenaikan pangkat bagi pegawai2 pengurusan tengah yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan produktiviti mereka. Ia juga bermakna menyekat peluang pekerjaan di kalangan orang muda. Keputusan untuk memanjangkan tempoh bekerja bagi pekerja berusia bukan sahaja membawa kepada kemerosotan prestasi kerja mereka malah turut menjejaskan prestasi jabatan dan kementerian kerana tenaga mereka tidak setanding dengan golongan muda yang lebih kreatif, produktif dan dinamik.
Malah ada penjawat awam berpendapat sudah sampai masanya mereka bersara lebih awal untuk merehatkan badan dan minda, menghabiskan kualiti masa yang berharga bersama cucu dan keluarga, dan bagi yang beragama Islam untuk menumpukan pada amal ibadah.
Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan CUEPACS bermakna mereka tidak menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Ada yang memberi alasan penjawat awam tidak perlu mengorbankan kualiti hidup yang semakin dimamah usia untuk membantu kerajaan mengekang defisit dan menseimbangkan belanjawan negara, sekaligus mempertingkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Umur persaraan yang dilanjutkan ke 60 tahun adalah optional, bukan wajib, terpulang kepada minat dan keperluan hidup masing2. Sepertimana negara2 Greece and Itali, umur persaraan awal adalah 57 tahun yang dilanjutkan ke 65 tahun.
Malaysia mesti membuat persediaan awal melanjutkan usia persaraan dengan lebih berhati2 untuk menghadapi penduduk berumur atau tua sebelum terlambat. Dengan peningkatan jagaan kesihatan dan jangka hayat, penurunan tahap kesuburan, dan lambat kahwin, kita menghampiri kepada permasalahan populasi kenaikan golongan berusia dan pekerja berusia.
Pengurangan tenaga kerja berpengalaman, mahir dan terlatih, keadaan hidup mendesak seperti kos sara hidup yang semakin meningkat dan mencengkam, pekerja berpendapatan rendah, tanggungan anak yang bersekolah dan di peringkat pengajian tinggi, serta sukar mencari pekerjaan apabila tamat tempoh persaraan adalah antara faktor2 yang membawa kepada pekerja berusia perlu diberi perhatian yang serius. Jangan bersikap mementingkan diri. . . suatu hari nanti, golongan muda seperti anda akan mencapai usia tua juga, perlu berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti.



No comments:
Post a Comment