oleh ANITA MORAH ABAS
Aduhai.... apa la nasib aku hari ini. Pagi tadi aku pergi breakfast dengan anak. Pagi2 buta kami dah keluar ke Jln Duta, pekena mee soto, the best in town! Anak teruna aku gembira ria. Traffic ok... clear jugak la, tak seperti selalu... jam gile! Aku order mee soto special 2 & sup ayam seperti biasa. Anak aku bubuh cili punya la banyak,... baru dia tau pedas gile. Dia tak habis, aku la MBSA. Dia order pulak one after another dua set roti bakar, roti telur & telur tiga suku masak 2 biji. Habis dia makan!
Kami balik dengan perut kenyang. Alhamdulillah... Ingat hati nak balik siap pegi kerja. Dalam perjalanan kami dua beranak sakit perut. Perut yg paling meragam anak aku. Sebaik sampai saja di selekoh betul2 dlm kawasan perumahan... BANG! Aku langgar kereta neighbour! Masa tu kami dua beranak tengah dok sembang rancak & aku sedang memandang anak aku. Aku yakin tak de kereta masa tu. Ia berlaku begitu pantas sekali, within seconds! Menggeletar kepala lutut,... aku keluar, pemandu tu pun keluar. Aku segera mintak maaf. "Makcik duduk kat sini ke?" Aku jawab ya. "Makcik settle dengan ayah saya." Nasib baik aku sempat tanya nombor rumah. Budak tu berlalu pergi. Aku terpinga2 balik ke rumah. Nak marah anak aku pun ada... dia suruh aku drive cepat sampai rumah, nak melabur! Tak jadi nak marah, sebab terang2 salah aku!
Aku panik, patut buat polis report atau settle dengan neighbour aku. Aku telefon member, mintak pandangan. Dipendekkan cerita, aku decided settle kat luar, tak nak buat polis report, renyah! Aku perlukan kereta aku ASAP. Aku keluar, cari nombor rumah budak tu, nak settle la kononnya dengan bapak dia. Tapi, aku sendiri pun tak berapa pasti nombor rumah budak tu... Dalam pada tercari2, aku terserempak dgn seorang neighbour. Aku bagi salam, dia perasan aku sedang mencari2 sesuatu... So, aku pun cerita la pd neighbour ni. Sembang punya sembang, aku ambil keputusan sendiri, settle kat luar. Kena tunggu bapak budak tu balik. At the same time, mintak tolong pd neighbour tu, sampaikan permohonan maaf aku pd bapak budak tu & mintak settle kes accident ni dengan aku. Juga aku cadangkan kpd neighbour ni supaya bangkitkan isu kemalangan di simpang masuk ke kawasan perumahan kami sebagai kawasan merbahaya dlm agenda mesyuarat yg akan datang. Dah banyak kali, kemalangan hampir2 berlaku di kawasan itu. Aku turut mencadangkan agar pokok2 yg ditanam di luar tepi rumah end lot ditebang kerana pemandu tak berapa nampak kenderaan yg datang dari arah bertentangan. Aku mintak diri nak repair kereta sebab time is precious. Rabu aku ada meeting.
Melihatkan keadaan kereta aku teruk jugak la. Dua hari masuk woksyop. Rayu punya rayu, dia bagi diskaun. Esok petang baru siap.
Bila aku fikir2 balik... budak yg aku langgar kereta tu tak bersopan betul! Apa la salah dia perkenalkan diri. Ini tak, naik aje kereta, terus belah. Mungkin dia nak cepat. Berbudi bahasa la sikit walaupun nak cepat. Terpinga2 aku dibuatnya. Tak sebut nama mahupun nama bapak dia. Dalam keadaan panik, terlupa nak ambil nombor telefon dia, dia pun sama! Dia tak hon aku pun masa aku nak hampir2 langgar bumper dia. Aku rasa dia pun tak perasan kereta yg muncul dari arah bertentangan. Haiiii.... apa la nasib....
No comments:
Post a Comment