Hari ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang tidak terlintas di fikiran... Seorang sahabat yg masuk lambat menegur aku yg tengah kelam-kelibut membuat persiapan akhir kelas next week. "Kak Nita, ada masa kat Taman Mayang kan?" "Ha ah," jawab ku. "Kenapa?" Aku terus memandang wajah mamat tu. "Kak Nita, ingat lagi tak Nadeane?" Aku terdiam, sambil mind aku cuba mengecam wajah Nadeane. "Ala... muka macam Cina tu..." sambung mamat ni lagi. "Ya, ya... baru akak ingat... very talkative and friendly... kenapa?" "Dia dah murtad. Dialah penganjur kes Gereja Katolik Damansara tu," jawab mamat tu lagi. "Apa????" Terkejut beruk aku, tak terkata apa...Aku pun mencari2 kes murtad Gereja Katolik Damansara dan terjumpa dua blog yang menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku yang nyata tidak disiarkan di dada2 akhbar tempatan seperti di link berikut:
Benar, itulah wajah Nadeane yang aku kenal semasa kami sama2 bertugas di Taman Mayang.
Sebagai sahabat, aku hanya dapat mendoakan yang terbaik, agar Nadeane sedar akan kesilapannya, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Apabila Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan baginda tempoh hari, aku dah agak... Ia disambut dengan penuh lega dan gembira sebagaimana digambarkan oleh kenyataan The Star, begitu sinis dan tajam menampakkan orang Kristian mendabik dada, meraikan kemenangan mereka seolah2 mereka di pihak yang benar!
Ini tentang soal akidah. Kita tidak tahu bagaimana Kristian menurut pandangan orang Islam yang keluar daripada agama Islam. Jangan kita pandai menghukum. Kita wajib cari jalan dan pendekatan terbaik dan menarik, untuk memulihkan akidah orang Islam yang rapuh.
ALlah Maha Pengampun...

No comments:
Post a Comment