oleh ANITA MORAH ABAS
Teringat kata2 pahlawan Melayu terbilang Hang Tuah, “Takkan Melayu Hilang di Dunia.” Benarkah? Apakah kita masih menggenggam erat pesanan Hang Tuah ini? Ini membuatkan aku terfikir... apa yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan orang Melayu yang wajar dikenang dan dipertahankan oleh orang Melayu dan anak cucu kita?Apabila dilihat dari pelbagai sudut, sama ada disedari atau tidak, kita tidak mengangkat nama Melayu sebagai mercu tanda yg sepatutnya menjadi kebanggaan dan kemegahan bangsa secara menyeluruh.
Apa lagi nama Melayu yang tinggal yang masih terpahat dalam tinta sejarah yang dapat dikongsi dan sebarkan kepada anak2 kita? Hanya lima yang terlintas di fikiran: RAJA2 MELAYU, KERETAPI TANAH MELAYU, KAMPUNG MELAYU, ASKAR MELAYU, KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK). Mari kita lihat mercu tanda dan pengiktirafan negara yg menjadi kebanggaan orang Cina dan India secara menyeluruh. Cina mendabik dada dan megah dengan “China Town” di Petaling Street yg diiktiraf sebagai sebahagian daripada destinasi pelancongan dan Melaka yg dikenali dengan petempatan Cina Peranakan iaitu Baba & Nyonya (perkahwinan campur antara masyarakat Cina & tempatan dgn mengintegrasikan budaya Cina & Melayu sebagai cara hidup mereka) manakala India dengan “Little India” di Brickfields dan Kuil Hindu di Batu Cave dengan patung terbesar di dunia iaitu Dewa Murugan juga sebagai tarikan pelancong, tidak lupa pusat tumpuan penduduk India yang terkenal di Klang.
![]() |
| Petaling Street yg lebih dikenali sebagai "China Town" |
![]() |
| Muzium Bab & Nyonya |
![]() |
| Dewa Murugan |
![]() |
| Gerbang pintu masuk "Selamat Datang ke Little India" |
Bagaimana pula dengan kita? Seingat aku la, kita tidak ada satu tempat gah yang dapat diketengahkan sebagai mercu tanda orang Melayu yang terukir nama “Melayu”.
Mungkin kerajaan dapat mempertimbangkan dan memikirkan mercu tanda yang dapat dipahatkan dan dilakarkan dalam sejarah negara dan bangsa agar menjadi kebanggaan orang Melayu sampai bila2. Ada cadangan?




No comments:
Post a Comment