PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Monday, 3 October 2011

SEJARAH BANGSA YANG DILUPAKAN? OH... TANAHAIRKU

oleh ANITA MORAH ABAS


Kalau kita membuka halaman2 akhbar tempatan, masih lagi berkisar pada perbincangan dan perdebatan hangat tentang siapa pejuang, siapa petualang. Sekaligus membawa agenda peranan golongan berhaluan kiri dan pejuang2 Melayu yang sama2 berjuang menuntut kemerdekaan dikatakan telah berkubur, diketepikan, terus dilupakan dan disisihkan dari sejarah penulisan tanah air. Bermakna apabila kita membuka lipatan sejarah, yang dipertikaikan oleh puak kiri yang terpampang di depan mata hanyalah nama UMNO yang gah selama 54 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Mohamad Sabu yang menggegarkan negara dengan isu siapa pejuang, siapa petualang telah membangkitkan tragedi Bukit Kepong yang dikatakan mengandungi fakta2 yang diputarbelitkan. Bermula dari situlah perdebatan bersambung kepada tokoh2 perseorangan Melayu dan peranan mereka  hingga membawa kepada helaian demi helaian lipatan sejarah dikatakan perlu dikupas semula????

Pasukan polis Bukit Kepong

Alamak… apa nak jadi dengan negara kita ni??? Kenapa benda2 remeh seperti ini perlu dipertikaikan??? Kalau kita renungkan bersama, negara digemakan dengan asakan2 daripada kedua2 pihak – puak kanan dan kiri, yang menyokong dan menentang. Kedua2 pihak berpencak di gelanggang sendiri, bukan dengan orang lain tetapi sedarah sedaging, sepusat sepusing, seketurunan, serumpun, sebangsa iaitu Melayu.

Bangsa lain tidak masuk campur, hanya berpeluk tubuh bersorak melihatkan Melayu sama Melayu bertelagah pasal fakta sejarah yang belum tentu lagi jelas kesahihannya hanya bersandarkan pada pendapat dan pandangan peribadi orang perseorangan. Itu pun masih lagi berlaku tuding-menuding, bentak-membentak, masing2 dengan kupasan maklumat yang dikatakan betul dan sahih, maka berkatalah “akulah yang benar, kaulah yang salah.” Aduhai….. Benarlah kata pepatah Melayu, “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah2.”


Yang menjadi mangsa, yang terpinga2, yang terkeliru dan dikelirukan adalah generasi muda. Yang lebih menyedihkan pelajar2 sekolah terpaksa menerima akibat, dipaksa memikul beban perbalahan politik untuk memahami dan menghafal fakta2 sejarah semata2 untuk mengambil hati orang politik dan untuk lulus periksa??? Kita perlu ingat, tidak semua pelajar menggemari mata pelajaran sejarah atas alasan banyak fakta yang perlu dihafal dan penyampaian yang tidak menarik oleh guru. Pelajar aliran sains pula perlu menambah satu lagi mata pelajaran baru dan sudah pasti ini memberikan tekanan dan bebanan kepada mereka.

Kita juga jangan lupa, sejarah akan menjadi mata pelajaran wajib lulus dan wajib diambil oleh semua pelajar tanpa mengira aliran. Bagaimana pula pelajar2 dari sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil?

Konsep sejarah harus difahami dalam konteks menyeluruh, kesatuan dan bilangan jamak atau kumpulan besar yang mewakili suara ramai yang menuntut kemerdekaan tanah air di peringkat nasional, bukan dilihat di peringkat negeri. Meskipun pejuang2 atau tokoh2 Melayu di peringkat negeri turut sama berjuang memerdekakan tanah air tetapi peranan mereka hanyalah di peringkat negeri, tidak melibatkan peringkat nasional yang lebih menampakkan perjuangan UMNO dalam bentuk kolektif. Jika ini pun dipertikaikan kerana nama2 tokoh ulung Melayu tiada dalam rekod buku sejarah, budak2 sekolah ini yang menjadi mangsa atas kerakusan golongan politik yang ego kerana anutan fahaman politik yang sempit. Kalau semua nama dan peranan nak dimasukkan dan dipanjangkan ke dalam buku sejarah sekolah, matilah budak2 ini nak menghafal kesemua fakta tersebut.

Persoalannya, apakah dengan memanjangkan dan menebalkan buku teks sekolah, kita dikatakan berupaya menyebarkan maklumat kepada pelajar2 sekolah dan membuatkan mereka faham tentang pengertian sejarah negara sekaligus dapat menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara???

Satu cara yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pelajaran ialah mewajibkan tiap2 sekolah rendah dan menengah menubuhkan kelab sejarah. Untuk menarik minat pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran sejarah yang lebih kondusif ialah dengan menggunakan sebaik mungkin maklumat2 yang terkumpul di muzium2 negeri dengan mengadakan lawatan di muzium2 negeri dan tempat2 bersejarah di samping melibatkan penceramah jemputan. Maka di sinilah nama2 tokoh Melayu seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dol Said, Tok Gajah dan sebagainya akan muncul sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah kemerdekaan negara.

 Datuk Bahaman

 Mat Kilau

Perbanyakkan buku2 penulisan sejarah tanahair yang wajar dilihat dari sudut pandangan yang berbeza dan lebarkan jaringan maklumat dalam apa jua bentuk wadah. Rakyat dahagakan maklumat2 sejarah untuk mengupas kembali sejarah perjuangan memerdekakan negara yang dapat dikongsi dan diperturunkan kepada generasi muda dan anak2, bukan maklumat yang dipolitikkan untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang bertelagah!

Pun begitu, dilihat dari sudut yang berbeza, isu Bukit Kepong setidak2nya mengangkat martabat dan peranan pasukan polis apabila pihak kerajaan memberikan sumbangan kepada balu2 yang terkorban mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.  

Siapa pejuang, siapa petualang bukan pertaruhan menggadaikan maruah bangsa dan negara, bukan juga pertaruhan untuk menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan generasi muda yang bakal menerajui negara. Janganlah pulak kerana leka bersorak, kampung tergadai. Dan janganlah kita mengikut rasmi kalah jadi abu, menang jadi arang…




No comments:

Post a Comment