oleh ANITA MORAH ABAS
Saban hari laporan akhbar memusatkan berita tentang jenayah siber terutama cinta buta siber yang memperlihatkan kecenderungan wanita Malaysia yang amat mudah tertipu dalam perangkap cinta siber, sekalipun akhbar2 tempatan mendedahkan taktik2 penipuan licik dan cara2 pencegahan. Biarpun ada yang arif dan mengetahui jenayah cinta siber, namun masih ada yang berani mengambil risiko.
Saya digamit untuk membuka lipatan pengkomplotan dan penipuan jenayah siber yang semakin berleluasa dan kian mendapat perhatian di media2 massa hingga membawa kepada campur tangan gerak khas polis dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) utk memerangi jenayah siber ini.
Tinjauan saya mendapati isu penipuan di alam siber atau jenayah siber pernah menjadi topik perbincangan hangat di laman2 sosial kerana ia melibatkan orang Melayu sebagai pemangsa yg mudah ditipu dalam perangkap cinta, tertipu dengan tawaran perniagaan, malah kini ada orang Melayu yang terjebak dalam sindiket penipuan cara mudah dan cepat untuk mendapatkan wang. Saya pernah memberi komen di dalam salah sebuah laman sosial yang membangkitkan isu penipuan siber dan memberikan beberapa cadangan umum.
Berdasarkan pandangan dan komen2 ahli menunjukkan sebilangan besar kita sedar akan jenayah siber, pernah terdedah kepada dunia jenayah siber dan hampir2 menjadi mangsa, dan kemungkinan juga ada di antara kita yang pernah menjadi mangsa.
Pun begitu, masih ada di kalangan kita yang tidak begitu pasti bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terperangkap di dalam penipuan licik jenayah siber ini. Nasihat yang paling mudah, berhati2 apabila kita menerima kenalan baru di dalam koleksi sahabat kita dan selalu menanamkan sifat curiga dan prejudis. Jangan memandang rendah akan kebolehan mereka menipu kita.
Saya nasihatkan juga agar kita mengambil inisiatif mengikuti perkembangan semasa jenayah siber dan teknologi komunikasi kerana kita adalah pengguna aktif rangkaian sosial dan kita sebenarnya terdedah kepada jenayah siber tanpa disedari kerana penipuan tidak mengenal erti persaudaraan, persahabatan, usia, jantina & kemesraan yg terjalin erat.
Minat untuk mengetahui sejauh mana jaringan operasi jenayah siber membawa saya membuat kajian peribadi secara rambang yang boleh dipanjangkan untuk kajian ilmiah. Penemuan awal saya benar2 mengejutkan. Hampir setiap laman sosial dipenuhi penjenayah siber. Laman sosial MySpace saya sahaja, saya anggarkan 95% adalah penipu dengan hampir 700 kenalan, hanya lebih kurang 10 yang menghubungi saya melalui inbox adalah manusia yang benar2 wujud di alam nyata dan perkenalan kami di MySpace telah membawa saya mendaftarkan diri di Netlog yang saya kira selamat, tetapi tidak juga. Seperti di MySpace, 90% kenalan adalah juga penjenayah siber, dan begitulah laman2 sosial yang seterusnya. Untuk mengetahui laman2 sosial popular sila layari:
http://blog.compete.com/2009/02/09/facebook-myspace-twitter-social-network/.
http://blog.compete.com/2009/02/09/facebook-myspace-twitter-social-network/.
Apa yang menarik perhatian saya ialah gambar2 profil adalah gambar2 yang digunakan semula (recycle pic) di laman2 sosial yang lain, yang dicuri dari laman2 model. Sudah pasti kesilapan ini amat mudah dikesan untuk mengenali penjenayah2 siber. Sila layari:
Pendaftaran saya di laman sosial MySpace dan Netlog telah membawa kepada erkenalan dengan mangsa cinta siber. Perbualan kami di alam siber menerusi chatting dan email membawa kepada pertemuan bersemuka. Sahabat saya ini seorang ibu tunggal berasal dari Johor, tua dua tahun daripada saya dan bekerja di sebuah syarikat perbadanan kerajaan. Saya bernasib baik dapat menemui beliau kerana dia sedang mengikuti kursus di Kuala Lumpur dan tinggal di rumah abangnya di Shah Alam.
Pertemuan kami yang amat singkat lebih kurang setengah jam di Shah Alam merubah pandangan saya terhadap mangsa penipuan cinta.
Sekalipun pengalaman yang dilalui oleh setiap mangsa adalah hampir sama, tetapi kita jangan terus2an menghukum dan mencemuh mereka kerana kesilapan yang dilakukan sebagaimana yang digambarkan oleh media, mangsa longlai dengan “ayat2 power” kasanova atau romeo maya. Apa yang menarik ialah penipu berupaya menguasai mangsa dengan taktik dan strategi licik mereka yang begitu tersusun dengan kemahiran yang dipelajari. Mereka memerangkap mangsa bukan dengan ilmu kosong, tetapi dengan ilmu komunikasi & pembujukan yang dipelajari.
Menurut sahabat saya ini, beliau kehilangan wang berjumlah lebih daripada RM50,000, malah mengajak saya menyertai kumpulan mereka yg terdiri daripada wanita2 yang menjadi mangsa penipuan dari pelbagai negara untuk berkongsi pengalaman dan bertindak sebagai kumpulan sokongan (support group) untuk memberi semangat dan langkah2 yang disusun untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah siber dengan melaporkan ke pihak berkuasa negara masing2 dan menyebarkan maklumat2 penjenayah di kalangan ahli dan di luar lingkungan ahli.
Mereka malu untuk menghadap keluarga dan tiada tempat mengadu. Ada di antara mereka kehilangan wang dalam jumlah yang besar, rumah dan harta benda. Impak jenayah siber telah meninggalkan kesan yang amat mendalam ke atas setiap mangsa. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kehidupan mangsa, malah ada yang hampir2 membunuh diri kerana tidak dapat menerima kejadian yang menimpa diri.
Penemuan saya mendapati jenayah siber adalah satu bentuk perniagaan yang amat menguntungkan yang mampu mengaut berjuta2 dollar. Ia tidak dilakukan oleh orang perseorangan, tetapi dilakukan secara berkumpulan. Melihatkan keuntungan besar yang mampu diperolehi, penjenayah2 ini ada yang terdiri daripada golongan profesional dengan mengupah anak2 muda yang berusia dalam lingkungan umur 20-30 tahun, diberikan skrip dan komputer setiap seorang. Operasi mereka 24 jam, 7 hari 7 malam, tanpa henti. Pekerja2 ini bekeja mengikut syif. Mereka mempunyai jaringan operasi yang besar dan lokasi yang paling popular ialah di UK, Nigeria, US, dan Rusia. Antara kumpulan penjenayah siber yang paling terkenal di dunia ialah NiGERIAN419. Tetapi saya anggarkan jenayah siber kini telah berkembang ke seluruh dunia. Berikut adalah beberapa laman web yang memaparkan kegiatan jenayah siber:
Senarai URL penipu - http://ptc-investigation.com/ScamList.aspx
Senarai URL penipu - http://ptc-investigation.com/ScamList.aspx
Alamat2 email Nigerian419 - http://www.419baiter.com/_scam_emails/scammer-email-addresses.html
Nigerian419 - http://www.419eater.com/
Advance-Free Fraud - http://en.wikipedia.org/wiki/Advance-fee_fraud
Report your scam to Interpol - http://resources.alibaba.com/topic/468995/Report_your_scams_to_INTERPOL_Internet_Crime.htm
Scam news forum & blog - http://www.419legal.org/reporting-fraud/12487-interpol-connection.html?drgn=1
News on cybercrimes - http://www.entrust.com/bill-conner-united-nations/
Jenayah siber yang berkembang pesat ini telah menimbulkan kemarahan mangsa dan mereka yang bersimpati terhadap mangsa2 jenayah siber telah bergabung dengan mewujudkan grup2 penentang jenayah siber di alam maya yang bergerak secara aktif dan agresif di seluruh dunia membawa misi pembanterasan habis2an jenayah siber dan mempunyai rangkaian kuat dengan pihak2 berkuasa di Eropah hingga melibatkan gerak khas US dan Interpol.
Mereka menjalankan kajian dengan mengumpul beribu2 gambar penjenayah (yang mencuri gambar orang lain sebagai gambar profil) yang disimpan dalam bentuk album di laman2 berikut:
Mereka turut mengadakan forum2 perbincangan dan menyenaraikan alamat2 email & kandungan email penjenayah. Kumpulan penentang jenayah siber telah memberikan pelbagai tip berguna bagaimana untuk mengenal pasti penjenayah2 ini di laman2 berikut:
Apa yang amat penting yang perlu kita lakukan ialah kita wajar mengambil langkah berjaga2 dan langkah2 pencegahan. Jangan sekali2 kita benarkan jenayah siber menguasai diri dan membiarkan ia merebak menjadi parah kerana tiada guna menyesal kemudian apabila ada tanda2 amaran di peringkat awal.
ReplyDeleteFancy designer wear our website and resonable price More....
Plz visit Plz visit:- designer wear supplier in surat
Puan, hw can i reach you? Need your help for my project paper.
ReplyDelete