oleh ANITA MORAH ABAS
Ada dua istilah baru muncul dlm dunia hiburan. Ia diterima, digunapakai hingga kita mengangkat darjat & mempopularkan istilah tersebut hingga meniti dari bibir ke bibir dlm kehidupan kita. Antara dua istilah tersebut adalah kata nama IKON (ICON) dan IDOLA (IDOL). Bagi sesetengah orang Melayu, perkataan IKON tidak membawa apa2 makna selain merujuk kpd simbol imej seseorang yg menjadi perhatian, manakala IDOLA merujuk kpd seseorang yg dipuja.
Tidak demikian pengertiannya dari sudut pandangan tokoh2 agama kita yg telah membuat teguran di media massa suatu ketika dahulu. Jika ada di antara kita yg kurang arif & terlepas pandang, sekadar utk mengingatkan… dikhuatiri penggunaan kedua2 istilah popular tersebut akan tersasar, mengelirukan & menyesatkan kita.
Makna asal kedua2 istilah tersebut menjurus kpd konsep ketuhanan dlm agama Kristian yg dipaparkan dlm bentuk imej, objek, gambar persona suci – IKON, manakala IDOLA – imej dewa atau objek yg digunakan sebagai penyembahan.
Janganlah kita terlalu obses dgn penggunaan istilah2 yg diperkenalkan. Mungkin ada di antara kita menganggap ini adalah isu remeh, tetapi kita jangan sekali2 lupa, musuh kita muncul dlm pelbagai bentuk gerak gempur, memperdayakan minda kita dgn mengumpan strategi2 yg memikat tanpa kita sedari… Renung2kanlah….
No comments:
Post a Comment