PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Friday, 30 September 2011

SUATU HARI DI SHELL

oleh ANITA MORAH ABAS


Aku selalu mengisi minyak di Shell, Shah Alam. Melihatkan pd lokasi Shell, ia dianggap sebagai kawasan strategik, menjadi tumpuan pemilik kenderaan mengisi minyak. Apa yg membuat aku tertarik ialah aktiviti2 perniagaan yg mengambil tempat di kawasan ini, menjadi sasaran orang berjualan, terutama keropok ikan & makanan ringan (is also a kind of keropok), three in one harganya RM10… oklah, RM10 aje… menolong bangsa kita jugak. Sudah enam tujuh kali aku beli kerana kesian sebab yg menjual tu wanita2 yg berusia & kanak2 sekolah.

Suatu hari, aku beli makanan ringan drp seorang adik ni, pelajar tingkatan 1 atau 2, aku tak ingat. Dia membahasakan diri aku makcik. Makcik dia panggil aku??? Tak glam aku rasa… ok lah, tak apa lah… Orang moden, orang yg duduk kat bandar, lebih selesa dipanggil “auntie”, taklah nampak dah tua bebenor… Melawak aje…

Sambil mengisi minyak, aku tanya dari mana. Dia kata dari Sabak Bernam. Jam pd masa itu menunjukkan pukul 10 lebih, malam. Aku agak terkejut… Aku tanya lagi, “Macam mana balik?” Dia kata ada van akan datang mengambil mereka pada jam 12 tengah malam. Terkebil2 aku memandangnya. Macam tak percaya… hari tu hari Sabtu. Aku tanya lagi, “Berapa upah yg adik dapat?” Dia kata, kalau rajin boleh dapat dalam RM400 sebulan. Sambil tu aku pandang anak aku dgn menjegilkan biji mata…

“Keluarga saya orang susah makcik. Saya anak sulung, sekurang2nya duit yg saya dapat ni, boleh buat perbelanjaan persekolahan saya. Penat memang penat makcik. Tapi saya perlu bantu keluarga saya. Makcik beli lah”… Aku beli sebagai menyokong budak ni. “Ahad jual jugak ke?” “Tak, ayah saya tak bagi.” Aku tanya lagi, “Dah makan?” “Belum makcik.” “Apa??? Dah pukul 10 lebih ni, belum lagi makan??? Nah ambil duit ni, pergi makan”… Aku hulurkan RM5. “Terima kasih makcik.” Tersenyum gembira budak itu.

Aku berlalu pergi dgn sebak di dada… Budak begini muda ada perasaan tanggungjawab terhadap keluarga yg miskin, sama2 membantu meringankan beban keluarga. Dalam kereta, aku bagi lecture pd anak aku.

No comments:

Post a Comment