PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Thursday, 29 September 2011

HARI MEMPERINGATI KEKASIH (VALENTINE’S DAY)


oleh ANITA MORAH ABAS 


14 Februari, hari yang “diiktiraf” sebagai Hari Kekasih telah diraikan di seluruh dunia. Hari yang diinterpretasikan bukan sahaja dikenali sebagai meraikan pasangan yg berkasih, tetapi juga untuk meraikan kepada sesiapa yg difikirkan wajar diraikan termasuk teman rapat atau bersama kaum keluarga yg disayangi.

Tarikh yg amat dinanti2kan oleh golongan kapitalis dan ahli perniagaan yg mempromosikan dan mempropagandakan keluaran mereka dgn menggunakan saluran media utk mengkomersilkan dan mengeksploitasikan Hari Kekasih (budaya pop atau lebih tepat sebagai budaya Amerika) dengan pelbagai tawaran hadiah yg menarik, yg ternyata amat sukar ditolak, yg mendorong kita sebagai pengguna seboleh mungkin untuk mendapatkan produk tersebut buat orang yg tersayang. Daya tarikan yg kuat daripada promosi2 iklan memungkinkan pihak kapitalis mengaut berjuta2 dollar!

Dari sudut pandangan agama, Islam di seluruh dunia menolak propaganda Kristian melalui mesej yg tersurat dan tersirat yg meraikan hari ini sebagai hari memperingati “Saint Valentine’s Day”, yg lebih dikenali dengan nama komersilnya “Valentine’s Day”. Menurut sejarah daripada Wikipedia, Saint Valentine adalah gelaran yg diberikan kepada 14 “Wali Valentine” (maklumat lain mengatakan tidak dapat dipastikan jumlah paderi dan menjadi tanda tanya). “Valentine” bermaksud “valens” (dihormati, berkuasa, kuat), sedangkan perkataan “saint” menurut kamus DBP ialah “wali” atau “aulia”.

Saint Valentines dianggap sebagai tokoh agama Rom, yg diangkat martabatnya sebagai golongan “aulia” yg sanggup mengorbankan nyawanya, (dibunuh dan dianggap “mati syahid” oleh agama Kristian) kerana memperjuangkan kesucian agama Kristian. Manakala satu lagi pandangan sejarahwan pula menyebut Wali Valentine ini adalah paderi yg menjaga rumah ibadah orang Kristian Rom yg dipenjarakan kerana keingkarannya terhadap pemerintahan Claudius. Tidak dinyatakan dengan jelas nama paderi2 ini. Bagaimanapun paderi yg dipenjarakan itu dengan nama Valentine benar2 wujud kerana ahli arkeologi telah menemui perkuburan di dalam tanah pada zaman Rom kuno dan gereja kuno yang didedikasikan kepada Saint Valentine. Pada tahun 496 AD, Pope Gelasius mengisytiharkan tanggal 14 Februari sebagai perayaan memperingati penderitaan Saint Valentine yg disanjung sebagai mati syahid. Bagaimanapun, maklumat daripada Wikipedia tidak menyatakan demikian (keterangan lanjut, sila baca maklumat di Wikipedia.org).

Tentangan orang Islam di serata dunia tentang Hari Kekasih tidak dapat diterima oleh sebilangan orang Islam, apatah lagi bukan Islam yg mengecam, mencaci dan menghina di blog2 peribadi dan artikel2 umum termasuklah di negara kita dan di FB ini juga tidak kurang hebatnya.

Apa yg menjadi intipati tentangan orang Islam ialah Hari Valentine tiada dalam sejarah perjuangan Islam tetapi termaktub dengan jelas dalam kitab orang Kristian, yg kemudiannya diubah mengikut aliran semasa lantas diperingati sebagai Hari Memperingati Kekasih, kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebenarnya bermaksud “Lover’s Day.”

Amat mengejutkan apabila seorang Islam di dalam ruangan “Views” akhbar The Star hari ini dengan nada marah, membidas PAS, Pertubuhan2 Bukan Kerajaan (NGOs), dan pertubuhan2 agama atas usaha mereka menyebarkan maklumat2 sebenar tentang Valentine’s Day atau anti-Hari Valentine. Menurut si penulis banyak lagi masalah2 keruntuhan moral yg kritikal tidak diatasi oleh pertubuhan2 ini, antaranya masalah pembuangan dan pembunuhan bayi yg rata2nya dilakukan oleh anak2 muda Melayu Islam, inikan pula dakyah anti-Valentine yg dianggap masalah kecil yg tidak perlu digembar-gemburkan!

The moral of the story is, kalau yg asas tentang agama Islam pun, kita pandang sambil lewa, apatah lagi keupayaan kita untuk berpegang pada ajaran Islam yg lain, yg menjadi asas pegangan kita? Kalau kita tidak pantau, sudah pasti akan memesongkan akidah anak2 kita sehinggakan tidak dapat membezakan yg halal dan yg haram dek terlalu mengikut hawa nafsu yg tiada batas sempadan. Kita perlu kembalikan akidah anak2 kita menurut ajaran Islam. Isu yg diutarakan banyak disasarkan kepada salah asuhan ibu bapa dan meletakkan bulat2 atas tanggungjawab ibu bapa yg telah tersasar dalam mendidik anak2. Tugas kita sebagai ibu bapa ialah menerangkan apakah itu Hari Valentine kepada anak2 kita dan menegaskan kepada mereka jangan kita turut sama bersekongkol dgn mereka yg begitu taksub menyambut hari ini sebagai Hari Kekasih. Satu lagi hari penghinaan terhadap orang Islam ialah April Fool Day… kita boleh dapat maklumat ini dalam carian Google. Gunakan wadah teknologi komunikasi sebagai satu cara untuk kita berkomunikasi dgn anak2.

Kita jangan lupa ada banyak faktor yg membawa kepada keruntuhan moral anak2 bangsa kita dan mendorong mereka untuk melakukan perbuatan2 yg terang2an menyalahi agama. Inilah yg menjadi perdebatan yg tiada kesudahannya di kalangan pihak berkuasa. Yg penting kita perlu cari jalan untuk mengurangkan dan sekaligus menghapuskan keruntuhan moral di kalangan generasi muda yg kabur, yg tidak nampak dengan jelas di mana kesudahannya kehidupan mereka ini.

Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat anak bangsa kita dengan membuka tirai pengisahan tentang pengertian Maulidur Rasul dan perayaan2 Islam yg lain.

No comments:

Post a Comment