Program yang amat menarik yang wajar ditonton di Channel 703 AFC, Astro, terbitan BBC3. Program reality “Blood, Sweat and Takeaways” adalah kisah sekumpulan 6 anak muda (3 lelaki 3 perempuan) penggemar dan konsumer makanan rakyat British. Mereka dihantar ke Asia Tenggara di dua buah negara iaitu Indonesia dan Thailand (yang sempat saya tonton) untuk menjalani kehidupan di negara2 pengeluar makanan utama yg mereka makan.
Makanan sering menjadi rungutan mereka, mahukan yg terbaik dan murah tanpa mengetahui asal-usul di mana dan bagaimana bahan2 mentah itu dihasilkan, yang kemudiannya dihantar ke negara kedua bagi pemprosesan dan pengeluaran akhir sama ada di UK, US atau Eropah sehingga menjadi produk yang siap ditin, yang kita beli & makan, yang diedarkan di supermarket dan hypermarket.
Seringkali reaksi daripada masyarakat Barat mencemuh makanan tempatan adalah keputusan yg amat menakutkan. Dengan memulaukan makanan murah yang diimport bukan langkah dan jawapan yang bijak. Makanan adalah dihasilkan oleh tenaga manusia walau di mana sekalipun ia datang. Memulaukan produk2 dari negara2 pengeluar asal juga bermakna menjejaskan periuk nasi pekerja2 bergaji rendah yg memerlukan pekerjaan2 ini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ekonomi global yang terjejas teruk ditambah dengan peningkatan permintaan harga murah dari negara2 Barat bermakna juga akan mempertingkatkan masalah kebuluran & kemiskinan yg kian mencengkam sehingga membawa kpd gejala2 sosial seperti kecurian, dadah, dan pelacuran.
Keenam2 anak muda ini yg amat dimanjakan oleh keluarga & persekitaran terlibat dalam aktiviti2 yg sama dilakukan tanpa perjudis oleh buruh murah Indonesia & Thailand seperti menyertai nelayan mengangkap ikan & membersihkan ikan tuna utk dieksport ke luar negara di Indonesia, membersihkan undang di Kalimantan, Indonesia; mengerjakan sawah padi, & memasukkan beras yg belum diproses ke dalam guni di Thailand.
Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Upah yg dibayar mengikut harian dan pekerjaan yg mereka lakukan mesti mengikut standard sebagai kawalan mutu yg ditetapkan. Mereka mesti menyiapkan kerja pada tempoh masa yg ditetapkan pada hari tersebut. Keenam2 anak muda itu terpaksa bekerjasama membanting tulang untuk mencari wang bagi menampung keperluan hidup mereka sehari2 demi sesuap nasi di samping membayar sewa rumah. Ia menjadi pengalaman yang amat berharga dan menimbulkan keinsafan bagi keenam2 anak muda British ini.
THE MORAL OF THE STORY:
Program ini mengandungi kisah dan teladan yang amat menarik untuk direnungi dan dijadikan iktibar oleh kita semua. Sikap toleransi, penyatuan, permuafakatan serta kerjasama yang ditunjukkan oleh keenam2 anak muda ini wajar kita contohi. Hidup di perantauan mengajar mereka erti kehidupan, mengajar mereka erti muafakat.
Sekalipun mereka adalah rakyat British, mereka tidak pernah berjumpa, malah tidak mengenali antara satu sama lain. Program “Blood, Sweat & Takeaways” telah mempertemukan & menyatukan mereka. Walaupun satu bangsa, tetapi mereka berbeza dlm setiap kehidupan – pekerjaan, pendirian, latar belakang pendidikan, status sosial, taraf hidup, pemikiran, tingkah laku yg negatif (bongkak, riak dan ego). Masing2 mendabik dada, tidak mahu tunduk kpd sesiapa, mencemuh kehidupan masyarakat tempatan, mengatakan mereka lebih tahu dpd rakan2 yg lain. Mentaliti dan sikap sebeginilah penghalang segala pembuatan keputusan yg bijak; mentaliti dan sikap sebegini penghalang penyatuan dan kesatuan bangsa; mentaliti dan sikap sebegini jugalah penghalang kemajuan sesuatu bangsa. Ini amat merumitkan keadaan. Apabila sikap negatif bersarang dalam kumpulan mereka, jalan penyelesaikan kpd sesuatu permasalahan amat sukar dicapai.
Apa yg akhirnya membuatkan mereka bersatu? Kehimpitan hidup dan untuk meneruskan kelangsungan hidup membuatkan mereka bersatu, menjalinkan silaturahim, mengenali antara satu sama lain dan mula menghormati antara satu sama lain.
Mereka berupaya bersatu dan bersepakat dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah hidup yg amat kritikal di perantauan, di negara asing yang berbeza dari segi cuaca, pemakanan, persekitaran, budaya dan adab resam demi kelangsungan hidup (for survival).
Saudara/i, pepatah Melayu memperingatkan kita, “hidup muafakat membawa berkat.” Dan beringat2lah pada pesan orang tua2 “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”
No comments:
Post a Comment