PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Tuesday, 4 October 2011

HENTIKAN PERLEKEH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENYATUAN & BAHASA PERPADUAN


oleh ANITA MORAH ABAS


Perkara 152 dengan jelas merujuk bahasa kebangsaan sebagai “Bahasa Melayu” dengan memberi kebebasan penggunaan bahasa2 kaum lain. Isu sentimen perkauman yg membangkitkan perasaan tidak senang di kalangan kaum lain selepas 13 Mei telah membawa kepada pertukaran Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia atas alasan Bahasa Melayu kepunyaan orang Melayu. Namun Perlembagaan Malaysia tidak menukar nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Dengan itu, nama Bahasa Melayu kekal dalam Perlembagaan.

Titik tolak yang membawa kepada pertukaran Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia mengambil tempat pada tahun 1973 untuk merasionalisasikan nama Bahasa Melayu tidak menggambarkan bangsa Malaysia apabila pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. Dengan demikian, secara rasmi nama Bahasa Melayu ditukar ke Bahasa Malaysia.


Apa yang menarik, Bahasa Malaysia ditukar ke Bahasa Melayu pada tahun 1986 setelah 13 tahun dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Namun begitu pada 4 Jun 2007, sekali lagi negara dikejutkan apabila Bahasa Melayu telah ditukar kembali kepada Bahasa Malaysia dan namanya kekal sehingga ke hari ini.


Aku tidak setuju apabila ada orang memperkatakan pertukaran hanya dibuat pada nama sahaja, bahasanya tetap serupa. Mungkin mereka beranggapan, apa ada pada nama, walhal nama itulah yang menjulang nama bangsa kita di persada dunia. Cina & India ada bahasa ibunda mereka sendiri walau ke mana sekalipun mereka pergi, mereka dengan bangga membawa bersama bahasa ibunda mereka tetapi nama bahasa kita telah diubah dua kali semata2 ingin menjaga hati orang lain atas desakan politik, atas nama perpaduan.

Pada aku, serupa tapi tak sama. Tak sama pada nama apabila nama “Melayu” digugurkan dan digantikan dengan “Malaysia” sekalipun dalam Perlembagaan mengekalkan nama Bahasa Melayu. Ke mana2 aku pergi, pasti akan kedengaran rungutan di kalangan orang Melayu. Apa yang menarik, tinjauan rambang aku mendapati pemilik blog dan pemilik akaun FB tidak memanggil “Bahasa Malaysia,” sebaliknya mengekalkan bahasa yg sudah sebati dan menebal dalam jiwa kemelayuan kita sebagai “Bahasa Melayu”. 


Dikatakan Bahasa Melayu adalah bahasa keempat terbesar di dunia dengan bilangan penutur lebih kurang 300 juta. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei memanggil bahasa rasmi mereka, Bahasa Melayu, manakala di Indonesia dikenali dengan nama Bahasa Indonesia. Bahasa Melayu turut dituturkan di selatan Thailand, selatan Filipina, Timor Leste, Sri Lanka, Afrika Selatan (di Cape Town), dan Australia (Pulau Christmas & Kepulauan Cocos). Bahasa yang tersebar luas dan popular dituturkan adalah Bahasa Indonesia.



Setelah 54 tahun merdeka, rasa2nya di mana kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penyatuan dan bahasa perpaduan? Asas yg kukuh telah dibina tetapi apa yg amat mendukacitakan masih lagi ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh dan memperkotak-katikkan bahasa rasmi negara.

Apabila Bahasa Malaysia dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, semua pihak wajar menyokong sepenuhnya, malangnya tidak sedemikian jadinya. Bahasa Malaysia ditolak ke tepi sebagai bahasa perhubungan yg menjadi asas kepada perpaduan bangsa. Pelaksanaan dan langkah2 penguatkuasaan serta self-regulation yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kpd media massa terutamanya amatlah lemah, apatah lagi langkah2 dalam memerangi habis2an mereka yang enggan mematuhi dan menghormati Bahasa Malaysia. Ini jelas menampakkan sikap sambil lewa dan double standard pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan kerana sedikit cuma kesedaran dan keprihatinan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat, dan organisasi2 awam dan swasta.

Satu contoh mudah dan ketara yg dapat diketengahkan ialah iklan di media2 massa dan penggunaan sari kata dalam rancangan2 televisyen menampakkan satu tren tidak sihat sedang mengambil tempat apabila proses peralihan dan penerimaan bahasa2 lain mendapat lampu hijau daripada pihak berwajib seolah2 memperlihatkan bahasa kebangsaan terdiri daripada bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Kita bukan di Singapura, dan jangan sekali2 menyamakan kita dengan Singapura.


Apabila bahasa kaum Sabah dan Sarawak diberi laluan dalam komersil di kaca2 tv, Bahasa Inggeris diutamakan dengan mengetepikan Bahasa Malaysia. Yang lebih menyedihkan apabila komersil dihasilkan oleh Petronas dibuat dalam Bahasa Inggeris dengan sari katanya berhuruf kecil dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai sari kata utama bukan sahaja menyukarkan kita mempelajari bahasa kaum2 lain bahkan menyukarkan kaum2 lain untuk memperbaiki mutu Bahasa Malaysia mereka.

Perhatikan pula sari kata di saluran2 televisyen swasta, Astro. Pilihan bahasa ada tiga iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Jika anda klik sarikata daripada ketiga2 bahasa hanya Bahasa Cina yang paling aktif diterjemahkan. Apa jadi pada Bahasa Malaysia? Kenapa tidak ada usaha menterjemahkan sarikata2 dalam apa jua bahasa ke dalam Bahasa Malaysia? Sekalipun sarikata dibuat dalam Bahasa Malaysia, penterjemahannya amat memalukan dengan bahasa lintang-pukang dan terjemahan yang tidak tepat.

Begitu juga sarikata di panggung2 wayang atau cinemaplex yang menayangkan tayangan pecah panggung (box-office movies) mesti dibuat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Cina. Kenapa Bahasa Cina diberikan keutamaan? Kalau alasan bersandarkan pada majoriti penonton adalah kaum Cina, sememangnya tidak boleh diterima kerana kita berada di Malaysia, warganegara Malaysia dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bukannya bahasa Cina.

Apa yang amat menyedihkan bilamana filem2 dalam bentuk CD diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, malah ada yang menggunakan bahasa tunggang-langgang yang tidak dapat diterima sama sekali!

Satu lagi contoh ketara yang dapat diketengahkan ialah IPTS yang menjalankan program2 tempatan telah mengetepikan dan tidak menghormati Bahasa Malaysia semasa upacara konvokesyen apabila ucapan dibuat dalam bahasa ibunda mereka yang tidak difahami langsung oleh kakitangan, para jemputan, dan segelintir ibu bapa yang bukan kaum tersebut!  

Apa yang jelas, bahasa kebangsaan dan bahasa utama adalah Bahasa Malaysia, bukannya Bahasa Cina. Populasi penduduk Cina hanyalah kira2 27%, berbanding dengan kita 54% tidak termasuk kaum peribumi. Dengan kata lain, penutur Bahasa Malaysia adalah yang terbesar di negara kita, maka sewajarnya sari kata perdana di media2 massa mengutamakan Bahasa Malaysia, bukannya Bahasa Cina mahupun Bahasa Inggeris melainkan jika rancangan tersebut dalam Bahasa Cina, Tamil atau Inggeris, sari katanya mesti dalam Bahasa Malaysia.


Jika masalah penggunaan sari kata dan bahasa asing ini tidak dibendung, tidak mustahil orang Malaysia sampai bila2 tidak akan fasih berbahasa Malaysia. Buktinya banyak. Lihat saja sikap tokoh2 politik, ahli perniagaan dan individu bukan Melayu apabila ditemubual. Ada yang enggan menggunakan Bahasa Malaysia kerana tahap kefasihan terlalu lemah. Sikap negatif ini tidak boleh diterima apabila kita meletakkan syarat utama kepada rakyat asing yang bekerja di sini dan pelajar2 asing supaya mempelajari bahasa kebangsaan dan wajib lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Tidak hairanlah ramai berupaya berbahasa Malaysia dengan fasih malah jauh lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri!


 Menghadiri mesyuarat di salah sebuah kementerian oleh sebilangan besar hadirin terdiri daripada orang Melayu, hanya 3 bukan Melayu seperti tidak percaya apabila sesi perbincangan dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan lancar oleh Melayu kita sendiri sedangkan pengerusi majlis adalah kakitangan kerajaan bukan Melayu amat fasih berbahasa Melayu. Apabila insiden ini diajukan kepada rakan2, mereka tersenyum sinis. Aku terkedu….


Bukan bermakna bahasa2 lain tidak boleh digunakan terutama Bahasa Inggeris yg dianggap penting sebagai bahasa pertuturan dan bahasa perantaraan dengan orang asing. Yang menjadi isu utama ialah penggunaan Bahasa Malaysia diperlekehkan oleh orang kita sendiri dan sikap negatif rakyat Malaysia yang masih tidak fasih berbahasa Malaysia. 

Pihak Astro dan pihak yang menayangkan filem2 luar wajar diberi peringatan supaya mengutamakan Bahasa Malaysia.  

Kempen “Cintai Bahasa Kebangsaan” oleh pihak kerajaan dan DBP serta "Bahasa Jiwa Bangsa" hanya tinggal sebagai slogan jika tiada langkah2 tegas diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.


Jika sikap sambil lewa ini berterusan, dikhuatiri sebilangan besar masyarakat Cina dan India sampai bila2 tidak akan fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Buktinya ada di depan mata. Adakah ini kita namakan bangsa Malaysia yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Malaysia di negara sendiri tetapi mengaku bangsa Malaysia?

Kita masih punya banyak ruang dan waktu untuk mengembalikan keagungan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan, bahasa perantaraan, bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan dengan mendidik anak bangsa dan warga Malaysia seluruhnya agar fasih berbahasa Malaysia melalui media massa sebagai medium pembelajaran. Belajar dari kesilapan lalu, cegah sebelum parah... 


No comments:

Post a Comment