oleh ANITA MORAH ABAS
Aku selalu mengisi minyak di Shell, Shah Alam. Melihatkan pd lokasi Shell, ia dianggap sebagai kawasan strategik, menjadi tumpuan pemilik kenderaan mengisi minyak. Apa yg membuat aku tertarik ialah aktiviti2 perniagaan yg mengambil tempat di kawasan ini, menjadi sasaran orang berjualan, terutama keropok ikan & makanan ringan (is also a kind of keropok), three in one harganya RM10… oklah, RM10 aje… menolong bangsa kita jugak. Sudah enam tujuh kali aku beli kerana kesian sebab yg menjual tu wanita2 yg berusia & kanak2 sekolah.
Suatu hari, aku beli makanan ringan drp seorang adik ni, pelajar tingkatan 1 atau 2, aku tak ingat. Dia membahasakan diri aku makcik. Makcik dia panggil aku??? Tak glam aku rasa… ok lah, tak apa lah… Orang moden, orang yg duduk kat bandar, lebih selesa dipanggil “auntie”, taklah nampak dah tua bebenor… Melawak aje…
Sambil mengisi minyak, aku tanya dari mana. Dia kata dari Sabak Bernam. Jam pd masa itu menunjukkan pukul 10 lebih, malam. Aku agak terkejut… Aku tanya lagi, “Macam mana balik?” Dia kata ada van akan datang mengambil mereka pada jam 12 tengah malam. Terkebil2 aku memandangnya. Macam tak percaya… hari tu hari Sabtu. Aku tanya lagi, “Berapa upah yg adik dapat?” Dia kata, kalau rajin boleh dapat dalam RM400 sebulan. Sambil tu aku pandang anak aku dgn menjegilkan biji mata…
“Keluarga saya orang susah makcik. Saya anak sulung, sekurang2nya duit yg saya dapat ni, boleh buat perbelanjaan persekolahan saya. Penat memang penat makcik. Tapi saya perlu bantu keluarga saya. Makcik beli lah”… Aku beli sebagai menyokong budak ni. “Ahad jual jugak ke?” “Tak, ayah saya tak bagi.” Aku tanya lagi, “Dah makan?” “Belum makcik.” “Apa??? Dah pukul 10 lebih ni, belum lagi makan??? Nah ambil duit ni, pergi makan”… Aku hulurkan RM5. “Terima kasih makcik.” Tersenyum gembira budak itu.
Aku berlalu pergi dgn sebak di dada… Budak begini muda ada perasaan tanggungjawab terhadap keluarga yg miskin, sama2 membantu meringankan beban keluarga. Dalam kereta, aku bagi lecture pd anak aku.
Bismillahirrahmanirahim & Assalamualaikum, serta Salam Sejahtera. . .

PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill
Friday, 30 September 2011
Thursday, 29 September 2011
MENGENALI ILMUAN BARAT YG TERKENAL MEMELUK ISLAM, KINI DIKENALI SEBAGAI ILMUAN ISLAM BARAT
Posting ini adalah kesinambungan daripada posting yg saya tulis mengenai KENAPA ISLAM PILIHANKU yg dikupas berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya kenapa bukan Islam memeluk agama Islam. Semoga kita dapat menghayati sumbangan ilmuan dan pengarang Barat dlm dunia Islam yg menyedari akan kebesaran Allah swt.
Diharapkan paparan tulisan ini dpt menyuntik semangat, memberi inspirasi, memperteguhkan iman & takwa kita semua. Penulisan ini disusun berdasarkan artikel2 yang dipetik daripada Internet sebagaimana link yang dilampirkan di bawah dan saya terjemahkan untuk dikongsi bersama. Selamat membaca…
Senarai di bawah adalah ilmuan & pengarang barat Islam yg terkenal pd abad ke-20 dan 21, yg telah mengabdikan diri kpd Islam & sumbangan mereka yg tidak ternilai kpd Islam telah memberi kesan yg amat mendalam kpd masyarakat Barat dalam pencarian mereka tentang kebenaran beragama.
Ilmuan & pengarang Barat yg disentuh di sini hanya meliputi sebilangan kecil berbanding dgn begitu ramai masyarakat Barat yg memeluk Islam telah menzahirkan iktikad mereka tentang Islam dalam bentuk penulisan, ceramah, & kehidupan mereka dengan lenggok yg amat jelas & mudah difahami, berasaskan sendi lojik & amat menyerlah dlm penyampaian yg tulus & mulus tentang Islam. Hasil usaha & kehidupan mereka sewajarnya dijadikan rujukan kepada mereka yg masih mencari2 tentang Islam dan sewajarnya dicontohi oleh masyarakat Islam sendiri.
1. Leopold Weiss (alias Muhammad Asad) (1900 – 1992)
Leopold adalah wartawan Yahudi abad ke-20 yg hidup semasa zaman Empayar Austro-Hungarian, kini dikenali sebagai Lviv di Ukraine. Beliau telah menyaksikan byk peristiwa menarik sepanjang perjalanan hidupnya, daripada runtuhnya empayar Ottoman, Perang Dunia 1 & 2 sehinggalah kebangkitan dan kejatuhan Berlin. Pengembaraan beliau yg amat luas & menakjubkan meliputi hampir semua negara di Timur Tengah, Rusia, Pakistan dan China. Beliau telah melawat banyak negara Afrika dan menetap di kebanyakan bandar2 moden di Eropah termasuklah US. Sebagai kesimpulan daripada pengembaraan beliau dan pengajian agamanya yg amat terperinci, beliau akhirnya memeluk Islam. Walaupun tidak dikenali di kalangan masyarakat Islam tetapi sumbangan beliau yg amat besar kpd dunia Islam telah melayakkan beliau digelar “Personaliti Islam Sepanjang Zaman”. Buku beliau, “The Road to Mecca” amat mengagumkan yg diolah dari sudut pengembaraan dgn sentuhan yg mencakupi aspek2 kerohanian, kebudayaan, persempadanan (geografi), dan pensejarahan. Admin (laman web tersebut) mencadangkan buku ini wajar dibaca kpd sesiapa yg berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut tentang Islam dari sudut pandangan neural dan tidak berat sebelah yg menjustifikasikan & melihat “segala yg berlaku”. Dan juga orang Islam dapat memanfaatkan pengajaran2 yg bernilai daripada kata2 Weiss dan pengembaraannya. Weiss mengajak kita di sepanjang penceritaannya bermula daripada kehidupan awalnya dalam mengemukakan pertanyaan dan menjawab serta mengungkaikan banyak persoalan tentang Islam, tetapi masih memberi ruang dgn meninggalkan penilaian akhir kepada pembaca.
2. Dr. Jeffrey Lang (Profesor Amerika)
Dr Jeffrey Lang adalah profesor matematik Amerika. Dia telah dikristiankan di dalam keluarga Katolik. Setelah melalui ranjau hidup yg penuh berliku semasa zaman kanak2, beliau kemudiannya mempersoalkan Tuhan, tujuan hidup & bergelut untuk mencari jawapan yg meyakinkan dlm Bible, akhirnya menolak keyakinannya terhadap agama Kristian dan menjadi orang yg tiada pegangan agama, iaitu aetis.
Semasa berumur 28 tahun, setelah membaca senaskhah al-Quran secara tidak sengaja, beliau menemui segala jawapan yg dicari2 selama ini yg menyentuh emosi, peribadi dan lojik akal di dlm al-Quran. Beliau mengambil setapak ke hadapan dgn membuat penyelidikan dan penemuan telah membawa beliau memeluk Islam. Semenjak itu Jeffrey Lang telah menulis byk artikel dan ceramah tentang Islam, membantu kebanyakannya golongan muda dan saudara baru, meskipun mencabar banyak “adat resam” yg tidak betul yg dilabel sebagai “agama” di dalam masyarakat Islam itu sendiri.
Jeffrey Lang telah menulis tiga buah buku yg amat menarik yg boleh digunakan sebagai rujukan untuk orang Islam & saudara baru. Dalam bukunya, “Losing My Religion: A Call For Help”, beliau menjelaskan tentang perasaannya yg ditemui di dlm al-Quran. Lang menceritakan pengalamannya secara terperinci di dalam bab pertama, ‘Losing MY Religion’ – yg kemudiannya memanjangkan topik tersebut dgn pengisahan yg menarik di dalam sebuah buku lain. Di dalam bab2 yg terkemudian, beliau menjawab & mengungkaikan banyak persoalan salah faham tentang ayat2 al-Quran dan Hadis. Beliau juga menulis untuk membantu saudara2 baru Islam begitu juga golongan muda Islam dan keluarga mereka yg tinggal di Barat. Bab pertama buku beliau yg dikupas dgn amat bersahaja, benar2 menusuk jiwa & kalbu. Emosi, reaksi, renungan, & kesimpulan lojik setelah membaca setiap ayat al-Quran menjadikan buku beliau wajib dibaca.
Sebelum Losing My Religion, Jeffrey Lang pernah menulis “Even Angels Ask: A Journey to Islam in America ”, yg mana beliau membukakan perbincangan kpd semua dan menjelaskan penyelidikannya mengenai ayat2 al-Quran secara lebih terperinci di dalam buku berikutnya. Dalam bab ketiga, ‘The Decision’, beliau berbicara tentang Islam di Barat, membuktikan bahawa Islam TIDAK semata2 agama orang Arab. Beliau membicarakan tentang isu2 seperti perbezaan jantina, agama, dan budaya, dan baginda Rasulullah s.a.w. Dalam bab terakhir, ‘He: Nourishing Faith’ beliau membicarakan isu2 seperti “mendekatkan diri (dgn Tuhan),” “mengucap dua kalimah syahadah” dan “zakat (bersedekah atau beramal)” & “penyucian diri/kerohanian.”
Beliau juga menulis sebuah buku, berjudul “Struggling to Surrender: Some Impressions of an American Convert to Islam ”.
3. Dr. Gary Miller (Doktor Canada dan Profesor Universiti) (alias Abdul Ahad Omar)
Dr Miller adalah bekas pendakwah Kristian, ahli matematik, dan ahli agama. Beliau memeluk Islam setelah membaca senaskhah al-Quran dan mendapati al-Quran bukan sahaja tidak mengandungi sebarang kesilapan atau percanggahan, malah al-Quran juga dapat membuktikan secara saintifik dan fakta yg menakjubkan bahawa tiada sesiapa pun termasuk baginda Rasulullah tahu apa yg berlaku 1400 tahun yg lampau.
Beliau telah menghasilkan byk penulisan tentang Islam dan al-Quran secara online. Lihat di sini (sila rujuk teks dlm bahasa Inggeris). Anda juga boleh menemui banyak ceramah beliau yg bersemangat di YouTube atau Gogglevideo.
4. Dr. Maurice Bucaille (Doktor Perancis) (1920-1998)
Beliau adalah pakar bedah Perancis yg terulung, saintis, ilmuan dan pengarang buku “The Bible, The Qur’an and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge ”. Beliau mengabdikan diri di dalam bukunya dgn membandingkan penemuan saintifik di dalam al-Quran dan Bible. Buku tersebut juga mengandungi hasil kajiannya tentang Judeo-Christian Revelation dan al-Quran, dan asal-usul kedua2 agama tersebut.
Bible, al-Quran dan Sains diperdebatkan dgn penuh berhemah dan buku yg amat terkenal mengenai keajaiban sains terkandung dlm kitab suci al-Quran. Ia adalah unik di dalam bidang agama dan sains. Sebagai tokoh terulung saintis, Dr Bucaille telah dilantik utk mengkaji mumia Merneptah (salah seorang Firaun). Dalam kunjungannya ke Arab Saudi, beliau telah ditunjukkan ayat2 suci al-Quran yg mengandungi wahyu Allah swt bahawa mayat Firaun perlu diawet sebagai “peringatan” kpd generasi manusia yg akan datang. Sebagai pakar saintis yg adil, Dr Buchaille yg juga (seorang penganut Kristian) mahir dengan pengisahan Firaun yg ditenggelamkan oleh Nabi Musa dlm versi bible amat terkejut apabila mengetahui al-Quran menjelaskan dengan lebih terperinci ramalan mengenai pengawetan mayat Firaun yg sama memburu Nabi Musa ke laut Merah & kematiannya; sesuatu yg tidak diketahui kpd dunia sehingga ke hari ini sehinggalah beberapa abad baru2 ini.
Penemuan tersebut mengajak Dr Bucaille mengkaji al-Quran dalam bahasa asalnya dgn teliti, yg kemudian membawanya mempelajari bahasa Arab. Kesimpulan akhir kajian perbandingan al-Quran dan Bible beliau ialah kenyataan2 mengenai fenomena saintifik dalam al-Quran adalah amat tepat dalam persamaan dgn sains moden bilamana pengisahan Bible dalam topik yg sama tidak dapat menyokong penelitian saintifik.
Artikle beliau “The Quran and Modern Science” boleh didapati di http://www.sultan.org/articles/QScience.html
Sila baca buku beliau di online di sini
5. Dr. Laurence B. Brown (Doktor Amerika)
Dr Brown, bekas tentera udara, dilahirkan dlm sebuah keluarga kristian tetapi dirinya adalah seorang aetis. Apa yg membawanya kepada Islam setelah anaknya terselamat daripada penyakit jantung yg kritikal. Beliau memulakan penyelidikan tentang agama dalam pencarian kerohanian utk mencari kebenaran kejadian alam dan Tuhan. Bagaimanapun sebelum menerima Islam pd April 1994, Dr Brown menjalankan pencarian yg mendesak dalam agama Kristian dan Yahudi utk mencari kebenaran tetapi tidak menemui sebarang jawapan yg meyakinkan sebagai asas pegangan dan keamanan. Dalam bukunya, beliau mengaitkan penyelidikannya yg terperinci dalam agama Nabi Ibrahim – Yahudi, Kristian & Islam – utk mencari bukti2 kukuh mengenai kebenaran doktrin agama.
Dr Laurance Brown adalah salah seorang ilmuan Barat yg terbaik dlm dunia Islam dan telah menghasilkan penulisan yg sungguh menarik utk mengajak yg bukan Islam memeluk Islam.
Dua dpd buku2 beliau yg terbaik:
MisGod’ed – adalah sebuah buku yg ternyata amat baik penyelidikannya, mengkaji secara mendalam penerokaan terhadap agama2 dgn penuh tertib dan berhemah, terang dan mudah difahami yg menjelaskan ketidakselarasan dalam Bible – kedua2 New dan Old Testament – di kalangan kepercayan Yahudi dan Kristian. Dengan menggunakan pendekatan gaya fakta dan lojik, beliau juga berupaya membuktikan bahawa al-Quran itu benar.
God’ed – adalah kesinambungan daripada MisGod’ed. Di dalam buku ini beliau menjelaskan intipati bahawa al-Quran adalah wahyu Tuhan. Ia adalah selaras dgn ajaran asas Old Testament dan Isa a.s. Beliau juga menyentuh dgn lebih mendalam sebab2 Muhammad s.a.w dikatakan sebagai Rasul terakhir utusan Tuhan dgn dibuktikan melalui kehidupan baginda Rasulullah.
6. Martin Lings (Januari 24, 1909 – Mei 12, 2005) (alias Abu Bakr Siraj Ad-Din)
Lings dilahirkan daripada keluarga Protestan di Burnage, Manchester dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kanak2nya di US kerana mengikut ayahnya. Beliau belajar di Kolej Clifton dan menyambung pengajiannya ke Kolej Madgalen, Oxford dalam Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris. Setelah tamat dari Oxford, Lings menyambung pengajian ke Universiti Vytautas Magnus di Lituania, di mana beliau mengajar Anglo-Saxon dan Middle English.
Bagaimanapun, bagi Lings, peristiwa yg amat penting berlaku di Oxford apabila beliau menemui tulisan seorang metafizik Perancis, Rene Guenon yg memeluk agama Islam dan Frithjof Schuon (nama Islamnya 'Isa Nur ed-Din Ahmed), seorang yang berautoriti dlm kerohanian Jerman, metafizik dan parennialis. Pembacaannya ini telah menukar pegangan agamanya kepada Islam.
Pada tahun 1939, Lings melawat Kaherah dan telah menjadikan negeri itu rumah keduanya selama lebih satu dekad. Dia menjadi guru bahasa Inggeris di Universiti Kaherah dan menghasilkan drama Shakespeare setiap tahun, di mana beliau sendiri mengambil inisiatif mendekatkan diri dgn Islam.
Beliau kemudian kembali ke UK dan menyambung pengajiannya dalam ijazah Bahasa Arab dan PhD dari School of Oriental and African Studies, Universiti London. Setelah mengkaji dan mempelajari sekian lama, pada tahun 1983, Martin Lings menulis ‘biografi tentang Nabi Muhammad’, yg membawa kepada penerimaan dunia Islam terhadap dirinya. Hasil penulisannya telah dikenali sebagai “buku biografi Rasulullah yg terbaik dalam bahasa Inggeris” di National Seerat Conference. Judul penuh bukunya, “Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources”.
7. Lisa Spray – Pengarang America yg memeluk agama Islam
Lisa telah menulis beberapa buku dan menzahirkan kesungguhan pandangannya tentang Islam dan al-Quran dari sudut pandangan sebagai wanita Barat, & menurut pengalaman dan pemahamannya secara peribadi. Penjelasan dan naratif pengisahannya amat indah dan halus, memaparkan bagaimana mesej al-Quran berupaya menyedarkan beliau & bagaimana penerimaan & manifestasi tentang kebenaran telah membawa jiwanya aman dan tenteram.
Dua drp buku beliau yg amat menarik:
Women’s Rights, the Quran and Islam
Baca versi online di sini (lihat English text)
Jesus: Myths & Message
Baca versi online di sini (lihat English text)
8. Dr. Murad Wilfried Hofmann
Dr Hofmann dilahirkan sebagai seorang penganut Katolik Jerman, tetapi mengubah pegangan agamanya & memeluk agama Islam pada tahun 1980. Pertukaran agamanya telah menimbulkan kontroversi kerana kedudukan profailnya yang tinggi dalam kerajaan Jerman. Penemuannya terhadap Islam sebenarnya bermula setelah menyaksikan Perang Kebebasan Algeria, minatnya terhadap seni Islam, dan apa yg dilihatnya sebagai percanggahan dalam doktrin Kristian Pauline. Antara penulisan beliau:
- Why Quran is the Truth: message of Quran appeals to man’s Logic, reason and his original goodness
- Does Jizya verse of Quran invite Muslim to violence? Commentary on Islamic Jizya state tax
- Proof that the Bible is against drinking wine, alcohol, and intoxicants
PERHATIAN:
Kpd sahabat2 yg berminat mencari buku pengarang2 Islam Barat di atas, sila rujuk teks asal dlm bahasa Inggeris di link berikut:
Dan utk mencari artikel2 ilmiah mereka, sila gunakan carian google sebaik mungkin. Insya-Allah sahabat2 akan menemui artikel2 yg dihajati.
Ini adalah antara buku2 yg ditulis oleh sejarahwan & ilmuan Barat seperti Sir Thomas W. Arnold dalam, "The Preaching of Islam"; Marshall G. Hodgson dalam, "The Venture of Islam"; Albert Hourani dalam, "A History of the Arab People", Ira Lapidus dalam, "History of Islamic Societies", L.S. Starorianos dalam, "A Global History, the Human Heritage". Buku2 ini juga boleh didapati secara online & dlm bentuk review.
“Blood, Sweat and Takeaways”: NILAI & PENGAJARAN YG WAJAR KITA RENUNGI BERSAMA
Program yang amat menarik yang wajar ditonton di Channel 703 AFC, Astro, terbitan BBC3. Program reality “Blood, Sweat and Takeaways” adalah kisah sekumpulan 6 anak muda (3 lelaki 3 perempuan) penggemar dan konsumer makanan rakyat British. Mereka dihantar ke Asia Tenggara di dua buah negara iaitu Indonesia dan Thailand (yang sempat saya tonton) untuk menjalani kehidupan di negara2 pengeluar makanan utama yg mereka makan.
Makanan sering menjadi rungutan mereka, mahukan yg terbaik dan murah tanpa mengetahui asal-usul di mana dan bagaimana bahan2 mentah itu dihasilkan, yang kemudiannya dihantar ke negara kedua bagi pemprosesan dan pengeluaran akhir sama ada di UK, US atau Eropah sehingga menjadi produk yang siap ditin, yang kita beli & makan, yang diedarkan di supermarket dan hypermarket.
Seringkali reaksi daripada masyarakat Barat mencemuh makanan tempatan adalah keputusan yg amat menakutkan. Dengan memulaukan makanan murah yang diimport bukan langkah dan jawapan yang bijak. Makanan adalah dihasilkan oleh tenaga manusia walau di mana sekalipun ia datang. Memulaukan produk2 dari negara2 pengeluar asal juga bermakna menjejaskan periuk nasi pekerja2 bergaji rendah yg memerlukan pekerjaan2 ini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ekonomi global yang terjejas teruk ditambah dengan peningkatan permintaan harga murah dari negara2 Barat bermakna juga akan mempertingkatkan masalah kebuluran & kemiskinan yg kian mencengkam sehingga membawa kpd gejala2 sosial seperti kecurian, dadah, dan pelacuran.
Keenam2 anak muda ini yg amat dimanjakan oleh keluarga & persekitaran terlibat dalam aktiviti2 yg sama dilakukan tanpa perjudis oleh buruh murah Indonesia & Thailand seperti menyertai nelayan mengangkap ikan & membersihkan ikan tuna utk dieksport ke luar negara di Indonesia, membersihkan undang di Kalimantan, Indonesia; mengerjakan sawah padi, & memasukkan beras yg belum diproses ke dalam guni di Thailand.
Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Upah yg dibayar mengikut harian dan pekerjaan yg mereka lakukan mesti mengikut standard sebagai kawalan mutu yg ditetapkan. Mereka mesti menyiapkan kerja pada tempoh masa yg ditetapkan pada hari tersebut. Keenam2 anak muda itu terpaksa bekerjasama membanting tulang untuk mencari wang bagi menampung keperluan hidup mereka sehari2 demi sesuap nasi di samping membayar sewa rumah. Ia menjadi pengalaman yang amat berharga dan menimbulkan keinsafan bagi keenam2 anak muda British ini.
THE MORAL OF THE STORY:
Program ini mengandungi kisah dan teladan yang amat menarik untuk direnungi dan dijadikan iktibar oleh kita semua. Sikap toleransi, penyatuan, permuafakatan serta kerjasama yang ditunjukkan oleh keenam2 anak muda ini wajar kita contohi. Hidup di perantauan mengajar mereka erti kehidupan, mengajar mereka erti muafakat.
Sekalipun mereka adalah rakyat British, mereka tidak pernah berjumpa, malah tidak mengenali antara satu sama lain. Program “Blood, Sweat & Takeaways” telah mempertemukan & menyatukan mereka. Walaupun satu bangsa, tetapi mereka berbeza dlm setiap kehidupan – pekerjaan, pendirian, latar belakang pendidikan, status sosial, taraf hidup, pemikiran, tingkah laku yg negatif (bongkak, riak dan ego). Masing2 mendabik dada, tidak mahu tunduk kpd sesiapa, mencemuh kehidupan masyarakat tempatan, mengatakan mereka lebih tahu dpd rakan2 yg lain. Mentaliti dan sikap sebeginilah penghalang segala pembuatan keputusan yg bijak; mentaliti dan sikap sebegini penghalang penyatuan dan kesatuan bangsa; mentaliti dan sikap sebegini jugalah penghalang kemajuan sesuatu bangsa. Ini amat merumitkan keadaan. Apabila sikap negatif bersarang dalam kumpulan mereka, jalan penyelesaikan kpd sesuatu permasalahan amat sukar dicapai.
Apa yg akhirnya membuatkan mereka bersatu? Kehimpitan hidup dan untuk meneruskan kelangsungan hidup membuatkan mereka bersatu, menjalinkan silaturahim, mengenali antara satu sama lain dan mula menghormati antara satu sama lain.
Mereka berupaya bersatu dan bersepakat dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah hidup yg amat kritikal di perantauan, di negara asing yang berbeza dari segi cuaca, pemakanan, persekitaran, budaya dan adab resam demi kelangsungan hidup (for survival).
Saudara/i, pepatah Melayu memperingatkan kita, “hidup muafakat membawa berkat.” Dan beringat2lah pada pesan orang tua2 “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”
KENAPA ISLAM PILIHANKU
oleh ANITA MORAH ABAS
Pernah ke kita terfikir kenapa penganut2 agama lain memeluk agama Islam? Atas dasar apa mereka merubah keteguhan dan pendirian mereka? Pencarian & pembacaan saya menemukan beberapa faktor menarik yg menyebabkan mereka menukar pemikiran & kepercayaan mereka terhadap agama asal:
1. Islam adalah agama syumul, lagi benar dalam menyatakan kebenarannya.
2. Tidak ada sekelumit pun pembohongan & putar belit dlm Islam.
3. Tidak ada paksaan dalam Islam, iaitu Islam tidak disebarkan dengan kekerasan & paksaan. Ini diakui dalam banyak buku yg ditulis pakar2 sejarawan Barat: Sir Thomas W. Arnold dalam, "The Preaching of Islam"; Marshall G. Hodgson dalam, "The Venture of Islam"; Albert Hourani dalam, "A History of the Arab People", Ira Lapidus dalam, "History of Islamic Societies", L.S. Starorianos dalam, "A Global Hisotry, the Human Heritage", dan banyak lagi.
3. Mereka mengkaji & membuat perbandingan dgn kitab2 mereka & mendapati terdapat percanggahan yg amat ketara terutama konsep diri, kerasulan & ketuhanan.
4. Mereka benar2 yakin kitab suci Al-Quran adalah wahyu Allah swt utk manusia sejagat.
5. Mereka tidak digalakkan bertanya & mengupas lebih mendalam akan kandungan kitab2 suci mereka, malah sebarang jawapan hanya menemui jalan buntu kerana tidak ada penjelasan yg telus mengenai sesuatu persoalan.
6. Mereka mendapati Rukun Iman & Islam amat menyentuh jiwa & telus kerana dlm agama mereka tidak ada sentuhan keramat yg berupaya memusatkan keimanan & ketakwaan mereka utk dijadikan asas pegangan & pedoman hidup.
7. Islam telah mengangkat darjat & memuliakan kedudukan wanita.
8. Islam berupaya menjawab segala persoalan & menjustifikasikan tentang kehidupan manusia dengan jelas & telus dari segi reward & punishment.
9. Terdapat pelbagai versi Bible yg dihasilkan berdasarkan mazhab2 tertentu sedangkan walaupun terdapat perbezaan mazhab dlm Islam mereka hanya berpegang kpd satu kitab suci iaitu Al-Quran sebagai pegangan & panduan hidup. Walaupun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, tidak ada penokohtambahan & pembaikpulihan dalam isi kandungan Al-Quran, ia tetap sama sehingga akhir zaman.
10. Konsep sembahyang 5 waktu yg tidak ditemui dlm ajaran lain. Ia adalah ritual yg amat menarik dan dipenuhi dgn upacara yg penuh tertib. Dikatakan juga pd abad ke-13 ramai memeluk Islam kerana tertarik dgn upacara sembahyang cara Islam.
11. Tertarik dgn konsep bersedekah dlm Islam yg memperlihatkan tanggungjawab sosial setiap individu yg berupaya membantu & meringankan beban rakyat miskin.
12. Tertarik dgn sembahyang Jumaat yg memperlihatkan penyatuan umat Islam seluruh dunia tanpa mengira darjat, keturunan & pangkat.
13. Zakat yg menampakkan sistem keadilan sosial dalam masyarakat.
14. Mengerjakan haji sebagai memenuhi rukun Islam yg terakhir telah menjadi faktor penentu ramai yg memeluk Islam. Mereka melihat rukun Islam yg akhir ini sebagai faktor penyatuan umah yg telah menambat hati & pemikiran ramai.
15. Mereka hanyalah pengikut agama ikutan dan bukan agama anutan.
16. Islam menggalakkan umatnya mengkaji konsep ketuhanan utk mengisi pengisian ilmu.
17. Naluri hati & pemikiran kritis & analitis dengan kemusykilan2 yg tidak terungkai dgn pegangan agama asal.
Inilah antara faktor2 kebenaran tentang Islam yg menarik mereka menukar agama asal kpd Islam…. Moga2 memberikan kita inspirasi & idea bagaimana kita dapat berdakwah kpd umat Islam yg hilang arah kembali ke pangkal jalan, apatah lagi yg bukan Islam... Moga2 memberi kita petunjuk, taufik & hidayah...
JIWA YANG KENTAL, TIDAK CEPAT MENGALAH
oleh ANITA MORAH ABAS
Kejadian ini berlaku pd hari Sabtu, 19 Mac 2010. Aku rasa terlewat pagi tu. Pecut gile… Tak sempat breakfast. Jalan lenggang, hairan betul… selalunya banyak kereta. Alhamdulillah... hari aku hari ni... Sampai jam 8 pagi. Legaaa… Minum teh o panas & makan 3 keping biskut kering yg disediakan. Jadilah buat lapik perut.
Ada satu berita menarik utk dikongsi bersama. Alkisah seorang sahabat ni, rupa2nya terlupa bawak jubah. Dia belum sampai, berita dia terlupa bawak jubah dah heboh dlm bilik santai lecturer. Mengekek2lah kami gelakkan dia. Seorang sahabat ni berseloroh, “A good excuse to be excused. Can use the same trick next time. A trick to avoid to be on duty.” Sampailah mamat ni dgn muka malu, gabra pun ada… Kesal tak terkata tergambar di wajahnya. Kesian pulak aku tengok… Kami ni pun bagilah macam2 suggestion lawak… Dia seperti biasa, memang thick skin punya kaki.
Yg aku puji satu tentang mamat ni, he will never give up. Masa tinggal lagi lebih kurang 30-45 min utk beratur. He keeps on calling everybody. Extra jubah memang tak de kat situ. Dia berusaha sampai dapat. The next step yg dia boleh buat, aku cadangkan tunggu sesi pagi habis, pinjam jubah lecturer sambung sesi belah petang. Bermakna satu hari lah dia kena berada di situ. So, a few suggested to him pergilah ronda2 kat KLCC. Dia tersengeh2… tau silap sendiri.
Aku sempat melawak dgn dia, “Hey this is a good joke to be shared on FB.” Dia pun setuju. Memang pun aku buat… tapi ada mesej yg ingin aku sampaikan…
Tengah2 kami beratur dekat tangga, aku nampak mamat tu beratur sekali siap dgn jubah! Aku tabik spring pd mamat ni. Aku bersorak sambil melambai ke arahnya. Dia membalas lambaianku... Minggu depan aku nak tanya, mana dia dapat jubah tu...
The moral of the story that I learnt from this friend… never3 give up, keep on trying… belum terlambat untuk membuat keputusan pd saat2 akhir… melakukan sesuatu utk diri sendiri, yg terbaik utk diri sendiri. Berusaha sampai dapat… Teringat aku peribahasa ini, “Genggam bara api, biar sampai jadi arang,” “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”… Tersenyum aku…
HARI MEMPERINGATI KEKASIH (VALENTINE’S DAY)
oleh ANITA MORAH ABAS
14 Februari, hari yang “diiktiraf” sebagai Hari Kekasih telah diraikan di seluruh dunia. Hari yang diinterpretasikan bukan sahaja dikenali sebagai meraikan pasangan yg berkasih, tetapi juga untuk meraikan kepada sesiapa yg difikirkan wajar diraikan termasuk teman rapat atau bersama kaum keluarga yg disayangi.
Tarikh yg amat dinanti2kan oleh golongan kapitalis dan ahli perniagaan yg mempromosikan dan mempropagandakan keluaran mereka dgn menggunakan saluran media utk mengkomersilkan dan mengeksploitasikan Hari Kekasih (budaya pop atau lebih tepat sebagai budaya Amerika) dengan pelbagai tawaran hadiah yg menarik, yg ternyata amat sukar ditolak, yg mendorong kita sebagai pengguna seboleh mungkin untuk mendapatkan produk tersebut buat orang yg tersayang. Daya tarikan yg kuat daripada promosi2 iklan memungkinkan pihak kapitalis mengaut berjuta2 dollar!
Dari sudut pandangan agama, Islam di seluruh dunia menolak propaganda Kristian melalui mesej yg tersurat dan tersirat yg meraikan hari ini sebagai hari memperingati “Saint Valentine’s Day”, yg lebih dikenali dengan nama komersilnya “Valentine’s Day”. Menurut sejarah daripada Wikipedia, Saint Valentine adalah gelaran yg diberikan kepada 14 “Wali Valentine” (maklumat lain mengatakan tidak dapat dipastikan jumlah paderi dan menjadi tanda tanya). “Valentine” bermaksud “valens” (dihormati, berkuasa, kuat), sedangkan perkataan “saint” menurut kamus DBP ialah “wali” atau “aulia”.
Saint Valentines dianggap sebagai tokoh agama Rom, yg diangkat martabatnya sebagai golongan “aulia” yg sanggup mengorbankan nyawanya, (dibunuh dan dianggap “mati syahid” oleh agama Kristian) kerana memperjuangkan kesucian agama Kristian. Manakala satu lagi pandangan sejarahwan pula menyebut Wali Valentine ini adalah paderi yg menjaga rumah ibadah orang Kristian Rom yg dipenjarakan kerana keingkarannya terhadap pemerintahan Claudius. Tidak dinyatakan dengan jelas nama paderi2 ini. Bagaimanapun paderi yg dipenjarakan itu dengan nama Valentine benar2 wujud kerana ahli arkeologi telah menemui perkuburan di dalam tanah pada zaman Rom kuno dan gereja kuno yang didedikasikan kepada Saint Valentine. Pada tahun 496 AD, Pope Gelasius mengisytiharkan tanggal 14 Februari sebagai perayaan memperingati penderitaan Saint Valentine yg disanjung sebagai mati syahid. Bagaimanapun, maklumat daripada Wikipedia tidak menyatakan demikian (keterangan lanjut, sila baca maklumat di Wikipedia.org).
Tentangan orang Islam di serata dunia tentang Hari Kekasih tidak dapat diterima oleh sebilangan orang Islam, apatah lagi bukan Islam yg mengecam, mencaci dan menghina di blog2 peribadi dan artikel2 umum termasuklah di negara kita dan di FB ini juga tidak kurang hebatnya.
Apa yg menjadi intipati tentangan orang Islam ialah Hari Valentine tiada dalam sejarah perjuangan Islam tetapi termaktub dengan jelas dalam kitab orang Kristian, yg kemudiannya diubah mengikut aliran semasa lantas diperingati sebagai Hari Memperingati Kekasih, kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebenarnya bermaksud “Lover’s Day.”
Amat mengejutkan apabila seorang Islam di dalam ruangan “Views” akhbar The Star hari ini dengan nada marah, membidas PAS, Pertubuhan2 Bukan Kerajaan (NGOs), dan pertubuhan2 agama atas usaha mereka menyebarkan maklumat2 sebenar tentang Valentine’s Day atau anti-Hari Valentine. Menurut si penulis banyak lagi masalah2 keruntuhan moral yg kritikal tidak diatasi oleh pertubuhan2 ini, antaranya masalah pembuangan dan pembunuhan bayi yg rata2nya dilakukan oleh anak2 muda Melayu Islam, inikan pula dakyah anti-Valentine yg dianggap masalah kecil yg tidak perlu digembar-gemburkan!
The moral of the story is, kalau yg asas tentang agama Islam pun, kita pandang sambil lewa, apatah lagi keupayaan kita untuk berpegang pada ajaran Islam yg lain, yg menjadi asas pegangan kita? Kalau kita tidak pantau, sudah pasti akan memesongkan akidah anak2 kita sehinggakan tidak dapat membezakan yg halal dan yg haram dek terlalu mengikut hawa nafsu yg tiada batas sempadan. Kita perlu kembalikan akidah anak2 kita menurut ajaran Islam. Isu yg diutarakan banyak disasarkan kepada salah asuhan ibu bapa dan meletakkan bulat2 atas tanggungjawab ibu bapa yg telah tersasar dalam mendidik anak2. Tugas kita sebagai ibu bapa ialah menerangkan apakah itu Hari Valentine kepada anak2 kita dan menegaskan kepada mereka jangan kita turut sama bersekongkol dgn mereka yg begitu taksub menyambut hari ini sebagai Hari Kekasih. Satu lagi hari penghinaan terhadap orang Islam ialah April Fool Day… kita boleh dapat maklumat ini dalam carian Google. Gunakan wadah teknologi komunikasi sebagai satu cara untuk kita berkomunikasi dgn anak2.
Kita jangan lupa ada banyak faktor yg membawa kepada keruntuhan moral anak2 bangsa kita dan mendorong mereka untuk melakukan perbuatan2 yg terang2an menyalahi agama. Inilah yg menjadi perdebatan yg tiada kesudahannya di kalangan pihak berkuasa. Yg penting kita perlu cari jalan untuk mengurangkan dan sekaligus menghapuskan keruntuhan moral di kalangan generasi muda yg kabur, yg tidak nampak dengan jelas di mana kesudahannya kehidupan mereka ini.
Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat anak bangsa kita dengan membuka tirai pengisahan tentang pengertian Maulidur Rasul dan perayaan2 Islam yg lain.
BICARA PAGI
oleh ANITA MORAH ABAS
Cuba fikirkan, apakah kita bersikap positif & di mana pendirian kita apabila membicarakan tentang orang Melayu? Yg amat ketara tumpuan kita menuding kpd kelemahan orang Melayu, tanpa memberi ruang langsung utk mengkaji kekuatan yg sedang dibina oleh masyarakat Melayu itu sendiri. Kenapa ya? Apa yg tidak kena dgn masyarakat Melayu kita ni? Apakah benar Melayu itu tidaklah sehebat mana seperti yg diuar2kan? Tetapi sayang, kita sendiri tidak pernah mengakui kehebatan kita. Ada yg kecewa dgn masyarakat Melayu yg hanya tahu mengecam & mencemuh bangsa sendiri yg melihat dari sudut yg sempit, tanpa menseimbangkan antara kelemahan & kekuatan yg ada. Neraca yg dilihat hanya berat kpd kelemahan, tetapi ingatlah penentu bukan di tangan kita sewenang2nya utk menjatuh hukum. Tetapi penentu hanyalah di tangan Yang Maha Esa melihatkan kejahilan kita, menimbulkan kemurkaan Allah swt.
Kalau kita mengaku diri kita Melayu Islam, kurang2kanlah bersangka buruk, mengecam & mengadu domba masyarakat sendiri. Bukankah mengadu-domba itu amat dibenci oleh Allah? Kalau kita pandai menegur anak apa yg diajar oleh agama, takkan kita sendiri tidak berupaya mendisplinkan diri hingga orang lain terpaksa menegur perbuatan & tutur kata kita.
Kurangkanlah mencari kesalahan Melayu, tampilkan diri dgn membicarakan yg baik2, mengemukakan cadangan2 positif utk membangunkan masyarakat itu sendiri. Inilah yg dikhuatiri oleh orang tua2 kita, apabila kita menyokong utk menguatkan penyatuan ditakuti, “apabila sokong membawa rebah.” Fikir2kanlah…
BERANI MENYAHUT CABARAN
oleh ANITA MORAH ABAS
Aku ingin membawa kisah seorang bekas pelajar Melayu perempuan yg ku kagumi dgn semangat kentalnya. Pelajar ini ku kira seorang pelajar yg baik budi pekerti, lurus bendul, sedikit lembap, berperwatakan kasar, & bahasa Inggerisnya tidak berapa baik. Dia mengikuti twinning program di tempat aku mengajar dahulu. Dialah pelajar yg sampai sudah tidak dapat memahami apa yg aku ajar. Apatah lagi memahami isi kandungan unit tersebut. Aku sampai berpeluh & naik pitam menerangkan unit tersebut berulang kali & memperbaiki assignmentnya sampai 4-5 kali kerana tidak menepati standard kerana pemikirannya tidak terjangkau utk menghasilkan esei yg menghendaki daya pemikiran yg kritis and analitis. Rasanya pelajar ni ada gagal dlm beberapa unit lain sebab kelemahan bahasa Inggerisnya yg amat ketara.
Aku tidak tahu lagi bagaimana harus ku bantu pelajar ni. Yg termampu ku bantu, aku memastikan pelajar ini menyiapkan 3-4 halaman selang dua hari mesti menghadap. Idea & poin demi poin, aku yg bagi. Akhirnya, dia berjaya menyiapkan tugasan. Tetapi aku memberi amaran dia tidak mungkin mendapat markah yg tinggi. Dia lulus paper aku, boarder line. Alhamdulillah…
Aku pernah bertembung dgn pelajar ini 2 kali, sekali di pam stesyen dan sekali di gerai makan di Shah Alam. Berkat kesabarannya yg tinggi, tanpa mengenal erti kalah & putus asa, di samping masalah keluarga, dia akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya yg penuh berliku. Aku sempat bertanyakan perkembangannya. Dia sedang bercuti... Balik bercuti??? Rupa2nya dia bekerja di New Zealand, menyahut seruan & cabaranku. Bagaimana dia mendapat pekerjaan itu?? Semuanya dilakukan secara online, termasuk rumah sewa. Dengan gaji 3000 New Zealand dollar (kalau pertukaran dollar to dollar), banyak jugak… dia berjaya menyimpan RM10,000 dalam tempoh 6 bulan kalau tak silap. Berani betul dia… mengubah angin ke negara lain… Aku salute budak ni!...
PERBEZAAN ANTARA SEMBAHYANG DAN SOLAT
oleh ANITA MORAH ABAS
Topik ini pernah dibincangkan & dibahaskan di peringkat universiti, malah terdapat beberapa blog yg hanya potong & tampal isu sembahyang & solat tanpa membuat penerangan yg lebih jelas. Ia juga telah dibangkitkan dlm beberapa ceramah agama utk memperbetulkan tanggapan umum.
Memang benar, topik yg dibawa berkisar dari segi permasalahan bahasa yg lebih menjurus kepada pengisian makna antara kedua2 perkataan tersebut.
Kita menyatakan perbezaan pendapat yg sewajarnya dikupas dgn cara berhemah & positif bukan meletakkan posisi kita dalam menghukum.
Jangan kita menganggap dgn membuat penilaian tersendiri maka kita telah menjatuh hukum bahawa perkataan “sembahyang” itu telah menyalahi akidah, tetapi dari segi perbuatan, ia sebenarnya tidak. Lalu, kita mengatakan penggunaan “solat” itu yg sebenar2nya mencerminkan penyerahan diri kita sebagai orang Islam terhadap Allah swt, sedangkan “sembahyang” itu membawa maksud lain, bertentangan dgn maksud “solat”.
Lantaran itu, ada yg menolak bulat2 penggunaan perkataan sembahyang dikatakan tidak tepat utk menggambarkan pengertian ibadah. Jadi di sini terdapat tiga pandangan yg berbeza – sembahyang adalah juga solat; sembahyang sewajarnya digunakan utk yg bukan Islam; solat sewajarnya digunakan utk orang Islam.
Kita jangan cepat menjatuh hukum, tanpa mengkaji sejarah yg mendasari maksud sembahyang & solat. Izinkan saya mengutip kembali penjelasan yg telah saya berikan di dalam posting Ustaz Yaacob Hamad.
Solat adalah kata serapan atau kata pinjaman drp bahasa Arab. Kalau kita terjemahkan ke dalam bahasa Melayu, solat membawa maksud sembahyang. Ringkasnya, solat adalah perkataan yg sama ertinya dgn sembahyang. Makna solat diterangkan dgn jelas dalam Kamus Dewan Edisi Empat/Kamus Pelajar, yg membawa pengertian istilah solat adalah sembahyang bagi umat Islam, manakala istilah sembahyang adalah solat bagi umat Islam dan memohon kepada Tuhan bagi bukan Islam (Kamus Pelajar/kamus Dewan Edisi Empat).
Ini bermakna anak2 kita telah didedahkan dgn maksud solat & sembahyang adalah perkataan yg boleh digunakan utk menggambarkan ibadah kita terhadap Allah swt.
Perkataan sembahyang ini juga boleh kita dapati di dalam terjemahan2 ayat2 Al Quran seperti berikut:
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (Surah an-Nisa': 103).
Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Terjemahan dua ayat alQuran di atas dipetik dari laman web Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal. Saya hanya memetik satu sahaja contoh utk dibuat perbandingan. Ringkasnya, perkataan “sembahyang” & “solat” digunakan secara bergandingan di dalam artikel agamanya berjudul Jom Solat (sila layari http://www.ustaznoramin.com/2010/03/jom-kongsi-hikmah-solat-untuk-kebaikan.html).
Perkataan atau istilah “solat” telah menarik perhatian dua tokoh Indonesia iaitu Profesor Hasbi As Siddiqi & Dr Daniel (tokoh bahasa) yg membahaskan dari segi hukum & kepenggunaannya. Kedua2 tokoh ini sependapat bahawa solat adalah lebih sesuai digunakan utk menggambarkan ibadah kita sebagai orang Islam ke hadrat Allah swt.
Bahasan mereka mempunyai asas yg kukuh dgn mengkaji asal usul makna perkataan “sembahyang” yg tidak sesuai digunakan oleh orang Islam bagaimanapun diterima pakai di dalam kamus DBP & perkataan yg membawa maksud sama erti bagi kedua2 makna tersebut terpakai dalam Kamus Pelajar iaitu yg dipakai & dipelajari oleh anak2 kita.
Maksud “sembahyang” menurut Profesor Hasbi As Siddiqi membawa pengertian yg terdapat unsur “syirik”. Ia adalah dua taupan dpd dua kata dasar yg berbeza iaitu “sembah” dan “Hyang”. “Hyang” atau lebih tepat lagi Sang Hyang Widhi adalah nama dewa Hindu agung, Tuhan Yang Maha Esa yg dikaitkan dgn konsep Brahman bagi penganut agama Hindu Bali yg telah wujud & disembah berabad2 lamanya (utk pengetahuan lebih lanjut tentang tuhan Hindu Bali ini sila layari http://id.wikipedia.org/wiki/Sang_Hyang_Widhi).
Yg dimaksudkan “syirik”, ditujukan kpd orang bukan Islam yg menggunakan perkataan sembahyang utk menggambarkan penyembahan mereka kpd tuhan mereka yg amat bertentangan dgn sembahyang & agama kita.
Ringkasnya, tafsiran kedua2 tokoh ini merumuskan bahawa perkataan sembahyang adalah lebih sesuai digunakan utk yg bukan Islam.
Mana datangnya perkataan “sembahyang” yg terpakai di dlm urusan kita sebagai orang Melayu Islam sehari2? Kita harus kembali kpd sejarah asal usul keturunan kita. Perkataan sembahyang muncul lama dahulu di dalam kamus hidup kita yg menjadi pegangan nenek moyang kita sebagai penganut agama Hindu sebelum kedatangan Islam.
Kalau kita buat sedikit penyelidikan, perkataan2 yg kita guna pakai sehari2 adalah campuran daripada beberapa bahasa & dialek seperti bahasa Sanskrit, Inggeris, Jawa, Arab, Belanda, dan beberapa bahasa lain. Perkataan yang diserap itu pula tidak semestinya terikat dengan maksud asal bahasa itu seperti perkataan “sembahyang”. Mungkin pada masa itu, tidak ada perkataan yg lebih sesuai utk menukar perkataan “sembahyang”. Jadi, perkataan “sembahyang” dikekalkan untuk menggambarkan kpd kita sebagai orang Islam, mengikut acuan kefahaman kita, ia adalah perbuatan ibadah kita menghadap Allah swt.
Kalau orang2 bukan Islam melakukan “syirik” dlm sembahyang mereka, janganlah pula menyamakan pengertian “sembahyang” dalam kamus hidup kita yg telah terpakai sekian lama. Dari segi istilah sahaja yg menimbulkan perbezaan pendapat.
Perkataan2 serapan atau dipinjam drp bahasa asing & diterima pakai penggunaannya dlm sesebuah masyarakat berlaku di mana2, termasuklah bahasa Inggeris.
Ada banyak kata serapan dari bahasa Sanskrit yang diterima ke dalam bahasa Melayu dan digunakan secara umum tanpa mengaitkan maksud asal bahasa tersebut. Antaranya perkataan “samudera” (Dewa Laut), “bayu” (Dewa Angin) & “suria” (Dewa Matahari). Kalau tidak silap saya termasuklah perkataan2 neraka, duka nestapa, dosa, pahala dan byk lagi. Serapan perkataan2 ini termasuk perkataan2 lain kenalah merujuk kpd pakar bahasa & DBP.
Berbalik kpd perkataan sembahyang, kalau kita merujuk kepada kamus DBP online perkataan sembayang dan solat adalah perkataan seerti. Kedua2nya adalah terpakai utk merujuk ibadah kita kpd Allah swt.
Bagaimanapun, jika masih lagi sangsi, ajukan keraguan yg timbul ini ke pihak DBP agar DBP dapat memperbetulkan makna “sembahyang” dan “solat” utk mengelakkan kekeliruan di antara pengertian sembahyang & solat & utk membezakan “sembahyang” digunakan utk bukan Islam dan “solat” kpd yg beragama Islam.
Berhati2lah apabila kita mengerah anak utk mengerjakan solat/sembahyang. Dikhuatiri mereka terkeliru dgn penggunaan istilah atau perkataan antara sembahyang dan solat kerana apa yg mereka pelajari di sekolah kedua2 perkataan itu adalah merujuk kepada perkara yg sama, perbuatan ibadah kita ke hadrat Allah taala. Gunakanlah budi bicara sebaik mungkin sebagai penerangan yg boleh mereka terima.
Tetapi janganlah pula kita naik angin atau marah pd orang yg masih menggunakan perkataan “sembahyang” yg dimaksudkan & membawa pengertian yg sama iaitu “solat”. Jelaskan dgn penuh diplomasi, anggaplah penerangan kita kpd yg kurang arif sebagai satu bentuk dakwah…
Persoalan di atas bukan untuk mempertahankan pendapat secara peribadi tetapi hanyalah pernyataan yg zahir daripada perbezaan pandangan yg dibincangkan secara bersama yg lebih menampakkan dari segi pengunaan istilah bahasa Arab & bahasa Melayu.
Ingatlah kita akan pesan Rasulullah, “Sampaikanlah ilmu walapun sebaris ayat.”
Subscribe to:
Posts (Atom)