PENGUMUMAN PENTING: Ahli diperingatkan supaya berhati2 dalam memberikan sebarang komen. Mana2 komen yang bersifat keterlaluan, memaki-hamun, dan mengadu-domba akan dikeluarkan tanpa kompromi. Apabila memberikan pandangan & komen bukan main terjah & ikut emosi, tetapi kita gunakan akal budi yg dibina atas dasar saling hormat-menghormati sesama Islam dan yang bukan Islam. Gunakanlah kematangan fikiran, kebijaksanaan berhujah dan memberikan pandangan. Tidak semua pandangan dapat memberikan tafsiran & interpretasi yg kita harapkan. Kalau nak menegur, gunakanlah pendekatan berhemah, menjaga tata adab & kesantunan berdiskusi. Kita di sini bukan sekadar menyampai & berkongsi maklumat serta ilmu, malah mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang pendidikan, perbezaan politik, pekerjaan, agama, status sosial, pangkat & umur. Sekian, harap maklum.

"In war, you can only be killed once, but in politics, many times" - Winston Churchill

Thursday, 29 September 2011

PERBEZAAN ANTARA SEMBAHYANG DAN SOLAT


oleh ANITA MORAH ABAS


Topik ini pernah dibincangkan & dibahaskan di peringkat universiti, malah terdapat beberapa blog yg hanya potong & tampal isu sembahyang & solat tanpa membuat penerangan yg lebih jelas. Ia juga telah dibangkitkan dlm beberapa ceramah agama utk memperbetulkan tanggapan umum.  

Memang benar, topik yg dibawa berkisar dari segi permasalahan bahasa yg lebih menjurus kepada pengisian makna antara kedua2 perkataan tersebut.

Kita menyatakan perbezaan pendapat yg sewajarnya dikupas dgn cara berhemah & positif bukan meletakkan posisi kita dalam menghukum.

Jangan kita menganggap dgn membuat penilaian tersendiri maka kita telah menjatuh hukum bahawa perkataan “sembahyang” itu telah menyalahi akidah, tetapi dari segi perbuatan, ia sebenarnya tidak. Lalu, kita mengatakan penggunaan “solat” itu yg sebenar2nya mencerminkan penyerahan diri kita sebagai orang Islam terhadap Allah swt, sedangkan “sembahyang” itu membawa maksud lain, bertentangan dgn maksud “solat”.

Lantaran itu, ada yg menolak bulat2 penggunaan perkataan sembahyang dikatakan tidak tepat utk menggambarkan pengertian ibadah. Jadi di sini terdapat tiga pandangan yg berbeza – sembahyang adalah juga solat; sembahyang sewajarnya digunakan utk yg bukan Islam; solat sewajarnya digunakan utk orang Islam.

Kita jangan cepat menjatuh hukum, tanpa mengkaji sejarah yg mendasari maksud sembahyang & solat. Izinkan saya mengutip kembali penjelasan yg telah saya berikan di dalam posting Ustaz Yaacob Hamad.

Solat adalah kata serapan atau kata pinjaman drp bahasa Arab. Kalau kita terjemahkan ke dalam bahasa Melayu, solat membawa maksud sembahyang. Ringkasnya, solat adalah perkataan yg sama ertinya dgn sembahyang. Makna solat diterangkan dgn jelas dalam Kamus Dewan Edisi Empat/Kamus Pelajar, yg membawa pengertian istilah solat adalah sembahyang bagi umat Islam, manakala istilah sembahyang adalah solat bagi umat Islam dan memohon kepada Tuhan bagi bukan Islam (Kamus Pelajar/kamus Dewan Edisi Empat).

Ini bermakna anak2 kita telah didedahkan dgn maksud solat & sembahyang adalah perkataan yg boleh digunakan utk menggambarkan ibadah kita terhadap Allah swt.

Perkataan sembahyang ini juga boleh kita dapati di dalam terjemahan2 ayat2 Al Quran seperti berikut:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (Surah an-Nisa': 103).

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Terjemahan dua ayat alQuran di atas dipetik dari laman web Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal. Saya hanya memetik satu sahaja contoh utk dibuat perbandingan. Ringkasnya, perkataan “sembahyang” & “solat” digunakan secara bergandingan di dalam artikel agamanya berjudul Jom Solat (sila layari http://www.ustaznoramin.com/2010/03/jom-kongsi-hikmah-solat-untuk-kebaikan.html).

Perkataan atau istilah “solat” telah menarik perhatian dua tokoh Indonesia iaitu Profesor Hasbi As Siddiqi & Dr Daniel (tokoh bahasa) yg membahaskan dari segi hukum & kepenggunaannya. Kedua2 tokoh ini sependapat bahawa solat adalah lebih sesuai digunakan utk menggambarkan ibadah kita sebagai orang Islam ke hadrat Allah swt.

Bahasan mereka mempunyai asas yg kukuh dgn mengkaji asal usul makna perkataan “sembahyang” yg tidak sesuai digunakan oleh orang Islam bagaimanapun diterima pakai di dalam kamus DBP & perkataan yg membawa maksud sama erti bagi kedua2 makna tersebut terpakai dalam Kamus Pelajar iaitu yg dipakai & dipelajari oleh anak2 kita.

Maksud “sembahyang” menurut Profesor Hasbi As Siddiqi membawa pengertian yg terdapat unsur “syirik”. Ia adalah dua taupan dpd dua kata dasar yg berbeza iaitu “sembah” dan “Hyang”. “Hyang” atau lebih tepat lagi Sang Hyang Widhi adalah nama dewa Hindu agung, Tuhan Yang Maha Esa yg dikaitkan dgn konsep Brahman bagi penganut agama Hindu Bali yg telah wujud & disembah berabad2 lamanya (utk pengetahuan lebih lanjut tentang tuhan Hindu Bali ini sila layari http://id.wikipedia.org/wiki/Sang_Hyang_Widhi).

Yg dimaksudkan “syirik”, ditujukan kpd orang bukan Islam yg menggunakan perkataan sembahyang utk menggambarkan penyembahan mereka kpd tuhan mereka yg amat bertentangan dgn sembahyang & agama kita.

Ringkasnya, tafsiran kedua2 tokoh ini merumuskan bahawa perkataan sembahyang adalah lebih sesuai digunakan utk yg bukan Islam.

Mana datangnya perkataan “sembahyang” yg terpakai di dlm urusan kita sebagai orang Melayu Islam sehari2? Kita harus kembali kpd sejarah asal usul keturunan kita. Perkataan sembahyang muncul lama dahulu di dalam kamus hidup kita yg menjadi pegangan nenek moyang kita sebagai penganut agama Hindu sebelum kedatangan Islam.

Kalau kita buat sedikit penyelidikan, perkataan2 yg kita guna pakai sehari2 adalah campuran daripada beberapa bahasa & dialek seperti bahasa Sanskrit, Inggeris, Jawa, Arab, Belanda, dan beberapa bahasa lain. Perkataan yang diserap itu pula tidak semestinya terikat dengan maksud asal bahasa itu seperti perkataan “sembahyang”. Mungkin pada masa itu, tidak ada perkataan yg lebih sesuai utk menukar perkataan “sembahyang”. Jadi, perkataan “sembahyang” dikekalkan untuk menggambarkan kpd kita sebagai orang Islam, mengikut acuan kefahaman kita, ia adalah perbuatan ibadah kita menghadap Allah swt.

Kalau orang2 bukan Islam melakukan “syirik” dlm sembahyang mereka, janganlah pula menyamakan pengertian “sembahyang” dalam kamus hidup kita yg telah terpakai sekian lama. Dari segi istilah sahaja yg menimbulkan perbezaan pendapat.

Perkataan2 serapan atau dipinjam drp bahasa asing & diterima pakai penggunaannya dlm sesebuah masyarakat berlaku di mana2, termasuklah bahasa Inggeris.

Ada banyak kata serapan dari bahasa Sanskrit yang diterima ke dalam bahasa Melayu dan digunakan secara umum tanpa mengaitkan maksud asal bahasa tersebut. Antaranya perkataan “samudera” (Dewa Laut), “bayu” (Dewa Angin) & “suria” (Dewa Matahari). Kalau tidak silap saya termasuklah perkataan2 neraka, duka nestapa, dosa, pahala dan byk lagi. Serapan perkataan2 ini termasuk perkataan2 lain kenalah merujuk kpd pakar bahasa & DBP.

Berbalik kpd perkataan sembahyang, kalau kita merujuk kepada kamus DBP online perkataan sembayang dan solat adalah perkataan seerti. Kedua2nya adalah terpakai utk merujuk ibadah kita kpd Allah swt.

Bagaimanapun, jika masih lagi sangsi, ajukan keraguan yg timbul ini ke pihak DBP agar DBP dapat memperbetulkan makna “sembahyang” dan “solat” utk mengelakkan kekeliruan di antara pengertian sembahyang & solat & utk membezakan “sembahyang” digunakan utk bukan Islam dan “solat” kpd yg beragama Islam.

Berhati2lah apabila kita mengerah anak utk mengerjakan solat/sembahyang. Dikhuatiri mereka terkeliru dgn penggunaan istilah atau perkataan antara sembahyang dan solat kerana apa yg mereka pelajari di sekolah kedua2 perkataan itu adalah merujuk kepada perkara yg sama, perbuatan ibadah kita ke hadrat Allah taala. Gunakanlah budi bicara sebaik mungkin sebagai penerangan yg boleh mereka terima.

Tetapi janganlah pula kita naik angin atau marah pd orang yg masih menggunakan perkataan “sembahyang” yg dimaksudkan & membawa pengertian yg sama iaitu “solat”. Jelaskan dgn penuh diplomasi, anggaplah penerangan kita kpd yg kurang arif sebagai satu bentuk dakwah…

Persoalan di atas bukan untuk mempertahankan pendapat secara peribadi tetapi hanyalah pernyataan yg zahir daripada perbezaan pandangan yg dibincangkan secara bersama yg lebih menampakkan dari segi pengunaan istilah bahasa Arab & bahasa Melayu.

Ingatlah kita akan pesan Rasulullah, “Sampaikanlah ilmu walapun sebaris ayat.”

29 comments:

  1. you have done good research but it is not complete and NEVER, EVER post any topic that you are not understand or not complete from your research AGAIN.. so, please don't give a post that make people might think wrong way.. some source in internet is NOT enough to discuss about this topic..

    word 'solat' can be found in al-Quran.. why don't we just used word 'solat' in our routine day instead 'sembahyang'..

    i found some interesting point and example in a forum if you want to initiate your research about this topic.. http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-44040.html

    i hope you are not writing this blog is just looking for a popularity..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes....no need to justify what is really wrong after we have knowledge about it.we can still use the word solat n there should be no problem about it.


      Delete
  2. Kenapa tak masuk komen. Aisey kena tulis balik

    Salam

    Saya Islam sejak lahir tahun 70-an. Sejak dulu saya gunakan perkataan sembahyang. Ada sembahyang fardhu ada sembahyang sunat. Ada sembahyang subuh, zhor, asar, maghrib, isyak. Perkataaan solat hanya saya kenal apabila masuk university tahun 1990.

    Selama saya melakukan sembahyang, tidak pernah terlintas saya bermaksud itu sebagai amalan menyembah dewa atau apa benda lain. Kalau sembahyang bermaksud menyembah dewa.... haiiii... teruklah saya tak ikut ajaran Islam.

    Sembahyang saya sejak dulu bermaksud menyembah Allah.

    Satu lagi kenapa inferior diri sangat sampai ambil kata Bali untuk tunjukkan sembahyang bermaksud menyembah Sang Hyang Widhi. Ini perbuatan tak patut. Kita Bahasa Melayu di Malaysia tak ada perkataan sembahyang ke? Cuba kaji Melayu Islam dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak dan Singapura dan Brunei, bila perkataan sembahyang mereka mengertikan apa.

    Wahai tuan, sembahyang di dunia Melayu sudah semestinya bermaksud menyembah Allah. perkataan sembahyang itu bahasa Melayu. Jangan pandai-pandai tuduh bahasa kita "SEMBAHYANG" kononnya kita ciplak bahasa orang lain. Sila rujuk kitab agama dulu-dulu yang bab mengajar sembahyang,.... ada ke sebut Sang Hyang Widhi tu? Adoi adoi adoi

    Jangan inferior sangat. Bahasa Melayu dengan Bahasa tempat lain ada juga bezanya.
    Sudi ke kita bercakap "BUTUH" dan "GAMPANG" macam kita dengar dari masayarakt Indonesia? Tentu kita tak mahu kan. Sebabnya kita tahu maksud BUTUH dan GAMPANG di Malaysia lain dengan BUTUH dan GAMPANG Indonesia.

    Sekarang saya harap janganlah ada cubaan merendah-rendahkan Bahasa Melayu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila allah s.w.t telah memberi tahu solat.. maka ia solat. bukan sembahyang. tidak kira lah ia apa pun jenis perbuatan . sesungguhnya apa yang datang itu baik dari allah s.w.t , dan manusia suka mereka atau menambah apa yang allah s.w.t tidak mencerita kan

      Delete
    2. kalau macam tu... baca surah al fatiha dalam bahasa melayu... sebab hakikatnye tetap sama kan??? balik pada al quran.. bukan kamus dewan bahasa... paham?

      Delete
    3. ekstrimnya...ko urg melayu jua. buleh jua ko pakai kata sembahyang. mcm tah ko pakai prrkataan sembayang tu jadi syirik. palat ko ni eh

      Delete
  3. Lagi satu jangan gunakan WIKIPEDIA sebagai tempat rujukan

    ReplyDelete
  4. Hehehe.... Tak kirolah apo perkataan yg nak digunokan... janji niat kito boto... Allah swt tahu apo yg kito maksudkan. Tak payah lah nak bertokak dlm hal ni banyak laie bondo ponting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak blh x kiro apa perbuatan...kalau mcm tu bagus bnyk perkara dlm islam x payah d kira2....buat selamba ja

      Delete
    2. over nya...kenapa ko inda cakap arab sja jgn ckp melayu. ckp sembayang pun inda buleh. overrrrr...

      Delete
  5. Hehehe.... Tak kirolah apo perkataan yg nak digunokan... janji niat kito boto... Allah swt tahu apo yg kito maksudkan. Tak payah lah nak bertokak dlm hal ni banyak laie bondo ponting

    ReplyDelete
  6. Selagi Jiwa dan Hati Batin masih kotor belum tentu dibuka pintu ilmu untuk difahamkan Ilmu Allah yang suci lagi bersih.Hanya mereka yang jiwa dan batin nya sudah dicuci oleh Ayer Ghaib yang dapat membersihkan zahir dan Batin sesaorang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh minum air kolah masjid dulu. lepas tu kita sembang ayer ghaib

      Delete
    2. air ghaib tia lagiii.....pirraaa

      Delete
  7. Tak payah berbantah bantahan. Jika ada keraguan dan pertikaian, maka kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Betul ...kembali lah dgn menggunakan ayat alquraan seperti kita guna perkataan jumaat dripda hari perhimpunan dan sebagai nya. Perkataan solat lebih indah dan cantik sebab ia nya dri ALLAH TAALA.

      Delete
  8. Kalau la kita ini hendak tergolong kedalam golongan yg bertaqwa ...kita wajib jaga sensitivity perkara2 dlm agama lebih2 lagi bab2 aqidah...akhir surah alkhaf jelas ...WALA YUSHRIK BI IBADATHI RABBIHI AHDHAA.. janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Rabb-nya”. (QS. 18:110)....baca terjemah ini jelas dan tahu x blh ada sebarang syirik...sedangkan dewa tu berhala yg amat berat sensitvity syirik nya.

    ReplyDelete
  9. itu lah yang membeza kan islam dan kufur. beriman dan tidak beriman. jika sembahyang di guna pakai dalam agama lain.. dan kita pun tetap mengunakannya maka sama lah kita seumpama dengan nya... itu lah membeza kan solat dan sembahyang... tidak kira lah hidup dah seratus tahun. maka balik pada al quran dan sunnah.. kerana itu jalan kebenaran

    ReplyDelete
  10. Saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT dan kepada Ny. Rika Anderson kerana memberi saya pinjaman sebanyak RM250,000. Nama saya Ayu Amangku, saya dari Indonesia dan kini tinggal di malaysia. Saya telah berutang bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit sifar dan saya telah membantu banyak kewangan rumah, tetapi semua telah menolak saya kerana penarafan kredit saya yang tinggi dan penarafan kredit yang rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah berhenti membaca dan belajar tentang RIKA ANDERSON LOAN COMPANY di salah satu blog saya hubungi perunding kredit Rika Rika melalui e-mel: (rikaandersonloancompany@gmail.com) dengan keyakinan bahawa pinjaman saya diberi beberapa hari lalu dan berharap untuk datang lagi, maka saya menyadari bahawa tidak semua Syarikat pinjaman blog adalah betul palsu kerana semua penghinaan kewangan saya telah diselesaikan, sekarang saya mempunyai nilai yang sangat besar dan usaha perniagaan yang berkualiti, saya tidak boleh menyimpan ini untuk saya jadi saya harus mulakan dengan berkongsi kesaksian tentang perubahan hidup ini. Anda boleh menghubungi Cik Rika Anderson melalui e-mel: rikaandersonloancompany@gmail.com, atau juga hubungi saya untuk maklumat melalui Email: ayuamangku@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT dan kepada Ny. Rika Anderson kerana memberi saya pinjaman sebanyak RM250,000. Nama saya Ayu Amangku, saya dari Indonesia dan kini tinggal di malaysia. Saya telah berutang bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit sifar dan saya telah membantu banyak kewangan rumah, tetapi semua telah menolak saya kerana penarafan kredit saya yang tinggi dan penarafan kredit yang rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah berhenti membaca dan belajar tentang RIKA ANDERSON LOAN COMPANY di salah satu blog saya hubungi perunding kredit Rika Rika melalui e-mel: (rikaandersonloancompany@gmail.com) dengan keyakinan bahawa pinjaman saya diberi beberapa hari lalu dan berharap untuk datang lagi, maka saya menyadari bahawa tidak semua Syarikat pinjaman blog adalah betul palsu kerana semua penghinaan kewangan saya telah diselesaikan, sekarang saya mempunyai nilai yang sangat besar dan usaha perniagaan yang berkualiti, saya tidak boleh menyimpan ini untuk saya jadi saya harus mulakan dengan berkongsi kesaksian tentang perubahan hidup ini. Anda boleh menghubungi Cik Rika Anderson melalui e-mel: rikaandersonloancompany@gmail.com, atau juga hubungi saya untuk maklumat melalui Email: ayuamangku@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT dan kepada Ny. Rika Anderson kerana memberi saya pinjaman sebanyak RM250,000. Nama saya Ayu Amangku, saya dari Indonesia dan kini tinggal di malaysia. Saya telah berutang bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit sifar dan saya telah membantu banyak kewangan rumah, tetapi semua telah menolak saya kerana penarafan kredit saya yang tinggi dan penarafan kredit yang rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah berhenti membaca dan belajar tentang RIKA ANDERSON LOAN COMPANY di salah satu blog saya hubungi perunding kredit Rika Rika melalui e-mel: (rikaandersonloancompany@gmail.com) dengan keyakinan bahawa pinjaman saya diberi beberapa hari lalu dan berharap untuk datang lagi, maka saya menyadari bahawa tidak semua Syarikat pinjaman blog adalah betul palsu kerana semua penghinaan kewangan saya telah diselesaikan, sekarang saya mempunyai nilai yang sangat besar dan usaha perniagaan yang berkualiti, saya tidak boleh menyimpan ini untuk saya jadi saya harus mulakan dengan berkongsi kesaksian tentang perubahan hidup ini. Anda boleh menghubungi Cik Rika Anderson melalui e-mel: rikaandersonloancompany@gmail.com, atau juga hubungi saya untuk maklumat melalui Email: ayuamangku@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Nigeria, Ghana Turkey, France and Israel.My name is Mrs.Ramirez Cecilia, I am from Philippines. Have you been

    looking for a loan?Do you need an urgent personal or business loan?contact Fast Legitimate Loan Approval he

    help me with a loan of $78.000 some days ago after been scammed of $19,000 from a woman claiming to be a loan

    lender from Nigeria but i thank God today that i got my loan worth $78.000.Feel free to contact the company

    for a genuine financial Email:(creditloan11@gmail.com)

    ReplyDelete
  14. Saya setuju sebab bahasa itu siapa yang cipta? Manusia. Jadi kita boleh ubah maksud apa-apa pun perkataan dalam bahasa kita untuk menyesuaikannya dengan ajaran agama. Tak kisah asal-usulnya bagaimana, ia tidak bukan hanyalah satu perkataan. Orang Melayu dah gunakan perkataan 'sembahyang' untuk merujuk kepada 'solat' yakni penyembahan kepada Allah Taala sejak beratus-ratus tahun. Maknanya, perkataan itu telah secara automatiknya berubah maksudnya bagi mereka. Ingat, kita yang cipta perkataan untuk memaksudkan sesuatu, maka kita boleh saja mengubah maksudnya mengikut kesesuaian.

    ReplyDelete
  15. Selamat siang pak / nyonya

    Kami menyambut Anda ke PERUSAHAAN PINJAMAN ELIZEBETH ISAAC, di mana kami memberikan pinjaman asli dan serius seperti:



    LAYANAN PINJAMAN TERSEDIA TERMASUK:
    ================================
    * Pinjaman Komersial.
    * Pinjaman pribadi.
    * Pinjaman Bisnis.
    * Pinjaman Investasi.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pinjaman Akuisisi.
    * Pinjaman konstruksi.
    * Pinjaman Kartu Kredit
    * Pinjaman Konsolidasi Utang
    * Pinjaman bisnis dan lainnya:

    Kami memberikan pinjaman bunga 2% tanpa agunan, sehingga kami dapat mengatakan bahwa kami memberikan PINJAMAN TANPA Agunan, Anda tidak perlu merasa buruk atau kecewa dengan bank yang meminta agunan, cukup hubungi kami dengan mengirim email kepada kami di:

    elizebethisaac@gmail.com

    Terima kasih

    kami menunggu untuk mendengar dari Anda segera

    ReplyDelete
  16. Dalam surah toha ayat14 allah menyuruh kita melaksanakan sembahyang dan mendirikan sholat, jd jelas perkataan sholat dan sembahyang itu dua perkataan yg berbeza dan maksud yg berbeza pulak.bukan seperti yg kita maknai skrng ini sholat itu adalah sembahyang dan sembahyang itu adalah sholat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOHA 14 MENYURUH KITA "SEMBAH ALLAH DAN DIRIKAN SOLAT..." BUKAN SEMBAHYANG DAN SOLAT...

      MAKASIH..

      Delete